Sunday, December 27, 2009

you are 52% happy

You Are 52% Happy

You're definitely a happy person, even though you have your down moments.
You tend to get the most out of life, though there's always some more happiness to be squeezed. 

eh..eh..eh..there's nothing else i can say~

i just dont have any vision what i would want to do/ achieve in next coming year & yes, im quite upset about that.

sedangkan sekarang juga masih kadang2 menyebut di dalam doa mohon mendapatkan keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan padahal dah grad. 

agaknya sudah terbiasa setiap tahun azam nak cepat habeskan study & now dah habes study. tibe2 jadi blur.

seyesly im quite blur.

wekap! wekap! wekap!

 

Friday, December 25, 2009

ohh gemoks, i mish uuu~


Tengah godam2 gambar2 yang ditag oleh rakan2 di facebook, tengah melayan perasaan seronoknya bila sudah grad, sambil bertanya agak2 bila lagi akan berjumpa mereka2 ini. 

ohh g-ah, saya ingat befday kamu cuma terlepas je..uhuk2

terimalah permohonan maaf saya dgn sile mengosongkan diri anda pada satu tarikh yg akan dikonfem untuk saya berjumpe dgn anda di key el kelak..asek ckp byk kali mau trun key el tapi x trun2..konfem2 bulan jan kalu free! huhu

isk..rindu plak nak study malam2 tapi ponteng kelas siang2..ngahaha

Tuesday, December 22, 2009

sifat2 yang penting utk menarik perhatian mak mertua..ciss. tajuk x relevan!


Sifat2 atau ciri saya yang saya terasa nak cerita. Opkos yang positive saja. Yang negative? dah kena buang kat laut..x sedar diri banyak lagi yang kurang! (hiburan semata2 tiada kena mengena dengan keluarga dan kambing yang akan saya bela!) sshhh... 

Sifat pertama: Cantik yang utama mesti di dalam hati. Biar hati cantik walau pakai selipar buruk untuk pergi holiday dan merosakkan gambar dengan wajah seliparmu itu. saya cantik apa. (kata selipar) ;)



Sifat kedua: Berpakaian seadanya. Saya suka t-shirt dan jeans sahaja. (she wear short skirt, i wear t-shirt..she lalala) seksi? haiwan kat bawah ni super seksi..ohh wow ;)

phewitt


sifat ketiga: jangan compare kan diri dengan orang lain. biarlah walau mereka bergaji lebih besar, kerja pula di kampeni yang listed di bursa saham antarabangsa (over2..haha) Even kamu masih terperap tempat yang sama tapi setiap hari juga berbeza bukan. Kopi yang kamu buat hari2 pun rasa dia tak sama setiap isnin dan rabu (hari ada meeting, kena minum kopi..penting siut.zzz)
 

sifat keempat: berkawan biar ramai, bermusuh jangan..masam2 muka pun jangan..kalau tak suka, lari saja jauh. jangan berkawan sambil bermusuh. dengar tu tuan punya blog. ;)
my new fren..hensem macho kiut. u single x? 


sifat kelima: berani la sikit. siapa takut siapa? mereka kat luar sana tak akan makan kamu punya. muka je garang, paruh je panjang tapi gigi takde (yeke?) mana2 pun ada politik. itu realiti. senyum sude ;)

try bagi makan kat burung bawah ni, sekali die sudu tangan ku..haip! 

sifat keenam: problem? apa itu problem? kecik ke besar? tua ke muda? cantik ke lawa? akhir kata, jangan serious sangat. senyum mesti nampak gigi ;D

bukan bohong, bukan menipu cuma tonjol muka gembira walau duka nestapa. (padahal nak ngamok muka dah macam ayam berak kapur..betulke? 

sifat ketujuh: dahla! tak ada idea laa. jangan layan sangat orang bila baru balik cuti jadi malas giler nak wat apa2 aka sok kerja 

bayang2 ini trademark saya. bajet

saya memang suka view dari kaki sendiri. (down to earth) ;p


humble kan saya? heee


Monday, December 14, 2009

kerusi


hmm, rasa nak bawak kerusi ni balik rumah la

Ada sale kat Ipoh Parade

Ogawa: RM3000+

Gintell: RM1900+

hmm..duit yang cukup banyak untuk sebuah kerusi..huhu

gile segan berurut di kerusi ni di tengah2 shopping complex

muka tembam giler, baju selebet giler, x leh blah.

dah, jangan tengok lama2.. shuh2 (giler perasan)

Friday, December 11, 2009

haiyoh2

boleh tak saya terlupa yg Miss Z yg saya cerita  dulu akan bertunang pada bulan DEC tu, tarikhnya adalah Dec 05! Sikalang Dec 11 laa amoi. macam mana u boleh tatak ingat? 

Haiyoh2.. 




Tuesday, December 8, 2009

Questions with or without answer.

This year, I'm 23 years old. Few weeks later I'gonna be 24 years old.

And I haven't yet asked myself

1) What is your achievement so far?
2) Are you satisfied with your life?
3) What do you want to achieve in your career?
4) Have you ever think of buying your own car? What model? What colour? Hows the payment?
5) Are you going to stay in your current field of carrier? What about your specialization? Are'nt you going to pursue your career in related company?
6) Will you just accepting gov call? (if they call la) 
7) Are you willing to work outside Ipoh? (Im not saying outside perak because so far, the farthest place I did my study is just 30mins from Ipoh..yep2..teng!)

I know exactly why I didnt yet have the answers.

I am in a comfort zone.

A place where you think you are going to be safe

A place where there's no strangers

A place that you feel you are belong to. 

A place where my bed is occupied with lots of pillow. ;)


Ps: Why so serious? ;P


Monday, November 30, 2009

best present


yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift
that's why its called the present

(dipetik setelah menonton Kung Fu Panda) ;)



gambar random di pagi hari. oh ho 

Friday, November 27, 2009

jangan fokus kat tahi burung pls

I like a moment when I can stop my daily routine for a while and just admire what my eyes is seeing at that time.

I've never realize it is so beautiful looking at this angle by just standing behind my house door.

Its 7.50 am to be precise & actually I was going to hang all the clothes (bukan nak beritau saya mmg rajin sidai kain sbb kalau ada option lain mmg saya akan suruh adik sidai kain, -switch job, jadi saya angkat kain sebab angkat kain tak ambil masa lama banding sidai kain..dah2..cukup2 pasal sidai kain.heh)

Maybe I've never realized before because if you see it clearly you can see all tahi burung kat pintu tu. (luckily in the picture you can see it..banyak giler tahi burung..yek.yek)

For me, i found the moment was beautiful. 
(my pic is not beautiful, so sape baik hati sila pinjamkan saya kamera besau supaya anda juga boleh dapat feeling itu)

ps: cuci je, mesti pastu ada tahi burung kat situ. Tak cuci pun burung berak juga. jangan fokus kat tahi burung pls. haha











Tuesday, November 24, 2009

topik 'google' pada hari ini

I found myself becoming a boring person day by day.  

Everything is formal (kerja mestilah formal, bunguks!) see..see.. Topik untuk entri pun pasal kerja. Saya tak bermaksud untuk tulis entri pasal kerja. 

Selama yang saya ingat, saya tak pernah menyebut secara spesifik tempat saya bekerja. Tapi nampaknya ramai juga yang meng'google' nama tempat saya bekerja menjumpai blog saya.

"Tempat intern di _ _ _"

Yang terbaru sekali  

"Kuala Lumpur arrived from google.com.my on "sayapunyeblog~" by searching for tension kerja boss demand. ". 

hey, did i ever quote that specifically? woh..woh.. I better not complain anymore about work. hahaha. 

ps: 
1) kepada sang "gogo" kat Cbox saya, welkam2.. hoho
2) macam tak ada pictures kat blog saya. boring kan. I'll upload more pictures next entry. Nak upload banyak2 muka sendiri sampai korang rasa nak muntah. Nantikan.. ;p



Thursday, November 19, 2009

makan itu penting

Aku tidak suka perasaan berseorangan. Jadi jika nak ke mana2, aku pasti ajak orang teman. Macam tak best laa shopping dan makan sorang2. Rasa macam sedih giler macam takde member sudi keluar dengan kau sambil bertanya pada diri sendiri aku ni jengkel ke? x reti buat lawak ke? boring ke? dan sebagainya.. (*exaggerate) wahhaha

That's not the story. ehehe

Satu benda je aku sanggup berusaha mendapatkannya walau berseorangan. -> mengidam makanan. Yang ni memang sanggup. Contohnya bila balik office tadi, tercium bau cempedak goreng. Tapi dah terlepas gerai, jadi malas nak patah balik. So, ambil keputusan nak singgah pasar malam on the way balik. Tapi pusing punya pusing, parking pulak takde dan dengan perasaan keciwanya aku pun drive balik rumah. Untuk mengelakkan perasaan kempunan menghantui diri (cewah2), aku pun telah ditakdirkan untuk singgah di kfc beli ayam goreng sebelum balik. 

baiklah, aku dah puas hati. senang kan nak happykan diri.. chill~


Friday, November 13, 2009

Ini rahsia kita bersama

Saya tak mahu cakap apa2. Takut nanti kalau saya cakap, tahap stress saya meningkat zupp naik atas. ulang lagi sekali..zupp~~ woh ho ho..

Tapi oleh kerana saya nak cakap juga, nanti kome pandai2 laa delete dlm memory kome kome ehh. setujukah anda? baiklah.. ini rahsia kita bersama. woh!

Beritau saya adakah saya yang x kena apabila,

Saya ketawa sungguh2 tahap "HahahaHahaha, sampai keluar air mata" bila staff saya beritahu dia tertinggal information yang saya mahu. Ketika itu jam sudah pukul 7pm di office saya. Ya, saya pun tak faham mengapa saya berasa ianya sungguh lucu bila saya tension. I just can't get mad at some few things. Mungkin staff itu bilang saya "boss kecik yg baik (x marah) tp there's something wrong bout her. hohhho

Saya berasa sungguh sedih dan tension apabila boss saya meminta saya berurusan dengan beberapa orang yg memang sungguh tak bersopan dan beradab dalam berbicara. Mereka ini cantik, tapi sayangnya "mulut macam longkang" (i like that quote) I just can't get mad at few things (even memang salah mereka, tapi mereka kata kita issue yang kita bawa itu tidak penting..woh) Habis prinsip saya yang tidak mahu menyimpan dalam hati perasaan negatif terhadap sesorang di dalam hati. (terpaksa mengingat nama & perangai mereka yg x leh blah di dalam hati supaya di masa kelak saya jika berlaku lagi, saya cuma akan kasihan dgn mereka yg bersikap macam budak2 ini)

Minggu ini saya tension. Maaf ya.. Dah, kamu boleh lupakan semuanya. Arigato~ Haip..haip
\(0-0)/

Sunday, November 8, 2009

sebenarnya aku dah taip panjang2 tapi tak jadi nak post kat sini..woh ho ho



Sunday, November 1, 2009

hmm.. Malam ni nak tgk citer apa ye? ;)

ramai yang mengatakan bahawa jika kamu tak update blog, blog kamu sudah bersawang, sudah tidak berjaga. kasihan..

blog..ohh blog! saya kasihan dengan kamu!
maaf incik blog. Saya ada kegilaan baru sekarang ini. wah..wah..

Abah saya telah berpakat dengan saya untuk menambah saluran astro di rumah kami. =D
Abah tambah HBO! Ehh..bukan aku yg suggestkan tau

Aku cuma kata "apa kata tambah saluran movie?"
Abah kata "tambah HBO lah camtu"

Huish.. Abah tau kewujudan saluran HBO? Ingatkan anak2 muda macam aku (ehem2) je yang tau. Semalam dan hari ini, aku cuma baring depan TV tgk back to back movie sejumlah 6 movie sekaligus. (baiklah, memang tak ada yg perlu dibanggakan. haha) At least hujung minggu ini, duit aku tak melayang gi shopping dan seantero dengannya. ;)

hmm.. Malam ni nak tgk citer apa ye? ;)

Sunday, October 25, 2009

nak delete blog.

blog saya telah diceroboh! ooh..shit!

my adik accidentally buat blog baru guna my account. ngaa~ lepas tu bukan nak bgtau depan2. die just kasi msg kat pesbuk cakap "sorry, nis da terbuat blog baru kat akak punye, rasanya kena ubah kat setting. nis tak tau..hahahha"

nngaaaaaa~~

inilah susahnya kalau laptop i dah jadi hak milik dia.

abes ilang privasi i! uhuhuhu..
cam nak delete blog ahh camni. delete ehh~

Tuesday, October 20, 2009

taknakkkkk!!!

aku tak berniat melukai kau
ketahuilah yang ia tidak disengajakan
mana mungkin aku menyakiti kau yg sebahagian diriku

sakit denyut2..nyot..nyot (# #)!"

mungkin selama ini kau berkecil hati
aku tidak mempedulikan kau
aku tidak pernah sedar bagaimana jika satu hari nanti kau tiada
ooh~

dan kini kau dah terluka
tp kau masih rela membiarkan aku membuat keputusan
membuangmu sementara jika itu yg terbaik buat aku
jika kau tanya jawapan aku
aku tidak sanggup..
memikirkan perkara itu sahaja jiwaku jadi sesak
sakit

taknakkkkk!


AAaaaaaaaaaaaaaa!!!!


Aku taknak buang kuku! taknak!


hari tu ada paku tercucuk kat dlm kuku ibu jari kaki. berdarah.huhu. tp hari ni tak sakit sgt pun. Just kuku tu ada tompok putih. Mereka2 di opis kata takut ada nanah kat dlm kuku. Tak mahu gi jumpa dr! Tak mahu buang kuku!! tak mahu!! huuuuu~

Saturday, October 17, 2009

sedey

kenapa rasa sedey ni?

Hiyarghh! Dush3x!!!

Friday, October 9, 2009

stress relief

I need a break..

Movie? Shopping? McD? Books? CD?

I choose all. Kalau tak ada orang nak gi esok, I pegi sorang..
Tak bestnya..tsk! =(

Sunday, October 4, 2009

Saturday, October 3, 2009

ehh mok, I found dis pic! wahaha

ehh mok, I found dis pic! wahaha

saya tgh sangap-boring gler-mahu huha huha dgn member gi trip ngan anda sume! 

tapi kalau nk gi trip ngan u, i kena kumpul duit lu bebeh. ;p

i kena discuss dgn yong secepat mungkin. Ipoh da jemu tgk muka i.. lol~


Friday, October 2, 2009

aku rindu~

Aku rindu masa belajar dulu. Di mana pukul 9 lebih aku da pura2 buka buku tuk study tetapi akhirnya gi donlod movie. tsk~

Aku rindu di mana bila sang romet join tgk muvie, aku kena dgr sekali komen2 dia sepanjang muvie. Spoil arr rom! Tapi i rindu juga~ tsk. (Bila tgk citer sepi kat tv ari tu, siyes teringat kat u rom..sob2..)

Aku rindu di mana bila kami tgh tgk muvie, pintu bilik kami diketuk romet no2 yg dtg membawa nota kuliahnya. "Haaa..tgk2.. aku dah agak korang mesti tgk muvie punye. I nak join juga. "  

Aku rindu di mana kami dah habes tgk muvie, aku melihat mereka sambung aktiviti buang masa dgn bermain permainan mekap2. 

Aku rindu di mana bila kami rasa kami dah banyak buang masa, kami try smbg study, tp tak masuk pula dalam kepala-last2 sume pakat tido

oh yee, i rindu lah nak terjah u gayut2 tepon romet! *habes bocor rahsia romet* 

Rom, nantikan kedatangan ku ke KL SOON! InsyaAllah. ;)


Sunday, September 27, 2009


Too many people spend money they haven't earned, 
to buy things they don't want,
to impress people they don't like.

Quoted by: Will Smith



Ipoh town: SEP26

Wednesday, September 23, 2009

raya! raya!



Cuba teka mana satu kakak, mana satu adik?

Nampak sangat yg kiri tu kakak, yang kanan tu adik. Sebab tu aku tak suka gambar ni. Tsk! (bajet nak nampak lagi muda)


berjaya capture muka kezen ensem tapi tgh sakit perut! wakaka.. ko tak tau aku de blog kan? seb bek  ;p



"berilah duit raya pada kakak saya juga! terima kasih~ "



Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya juga!

cucu2 family belah ayah yg masih belum cukup korum  kat Kajang-Aidilfitri 2004 (kalau x silap ;p) 

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN!

Jemput datang ke rumah buat sesiapa yg nak merasa saya buat air. 

kuih semua diimport-harap maklum

;P


Thursday, September 17, 2009

hai si ulat buku, sila baca..

jika kamu pernah baca novel ayat2 cinta, ini novel seterusnya yg kamu perlu baca

Im quite upset with ayat2 cinta movie version. Lebih banyak realistik drama, plot konflik yg ditambah-tambah dan peribadi watak yg ditukar. *keciwa*

sampai di sini sahaja
(si ulat buku nak sambung membaca) 

;)

Friday, September 11, 2009

edisi geram. arrgghh!

Sila bayangkan anda seorang pakar motivasi sebab saya ada soalan nak tanya tentang cara2 nak handle situation.

Situasinya:
1) Katakan kamu tgh buat kerja guna computer di dalam production line, tapi kamu perlu berdiri kerana monitor diletak terlalu tinggi di atas kabinet tetapi keypad di bawah. Dah penat berdiri kamu ambil kerusi di situ untuk duduk dan menaip tapi kepala kena dongak ke ataslah, sebab monitor tinggi. Tiba2, seorang operator datang "nak kerusi ni" (dgn nada yg macam mana tah terus ambil kerusi yg kamu sdg duduk)

Apa yg saya buat?
Saya diam je. Tapi terkilan tu tak yah cakaplaa sambil bertanya dalam hati "aku emo terlebih ke? apsal rasa cam geram je ni.. rasa macam nak pergi tempat dia sambil senyum dan cakap begini "hai, nama saya shikin, saya orang baru kat sini, lain kali nak ambil kerusi minta baik2 ehh." Hmm.. takleh2. cakap macam itu nanti x puas. sisa geram masih tinggal! 

Teringat pernah buat macam tu kat pak gad dulu masa dia kasi surat saman sbb tak bawak kad matrik. Angin aku baik kot time tu. Lepas pak gad tulis nama kat surat saman, aku pun buat2 ramah bertanya 

aku : "kenapa ye, ketat sangat hr ni? Ohh, terima kasih" Maksud aku nak bagi pak gad rasa bersalah la kononnya, sebab ada student yg ucap terima kasih daripada ramai student yg menyumpah2 sebab kena saman. 

Pak gad pula menjawab...

pak gad : "sama2"

Malangnya, pak gad tak paham maksud tersirat aku. haih! Geram2.. hahahaha



Thursday, September 10, 2009

saya rajin bila saya balas tag anda. ;)

Tag dari Miss Fiexa!

Hi Fiexa,

Please be informed that I have received your request regarding these tag. Hopefully you will satisfied with my answer below. Thanks.

Regards,

Naz

*contoh2 karangan yg buat aku jadi sopan dan formal giler. arghhh!! hoho*

1.Copy award ni untuk diletakkan dalam belog anda.

Apa yg picture ni nak bagitau sebenarnya? hohoho

2.Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini:

  • Fiza yg mana satu ehh? alah..fiza. flexi, fiexa..haa.. ;p
  • Stockis coklat dalam kelas
  • Berjalan bersama die dan khalidah menampakkan kami seperti menara berkembar bergerak..hoho
  • Pemegang rekod orang dalam aquarium almari!
  • Susah nya nak describe camne lagi.. ;)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

  •  fakta? - tengah mengantuk
  • hobi? - tgk tv tapi malam ni takde citer best.
  • yg lain - telah menjadi seorang yg sangat formal dan beradab sopan sejak bekerja. Isk

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka:

ehh.. ini sejenis awardkah? Kalau begitu, pemenangnya tentulah seorang saje. pemenangnya mestilah tuan punya blog. Mana leh share2 maa.. haha


Wednesday, September 9, 2009

buhsan

aku sangat mengantuk dan jika aku mengarut maknanya sah aku mengantuk.

ok. sah aku mengarut

ehh tak, mengantuk

buhsannya..huhu..

*symptom2 nak beli PS3 atau mahu subscribe muvie channel kat astro. now anda tahu mana duit gaji aku hilang. laghaa~~ *





Saturday, September 5, 2009

specs si buah hati

aku perlukan specs (cermin mata) merangkap buah hatiku

tanpa specs, hidup aku takkan sama

aku masih boleh makan, tapi nafsu aku masih perlukan godaan mata dari makanan.. 
*macam daging masak kicap yg warna hitam lagi pekat lagi lembut, lagi hitam lagi menggoda..nyum

dan hari rabu lepas

specs aku dipijak orang. yesh! ada alasan leh beli specs baru! wahaha

Tadi baru beli specs. Mahu beli bingkai plastik tapi cina kedai cakap hidung aku kecik,  jadi x sesuai pakai plastik. (cina tu nak ckp hidung aku cumel sbnarnya, aku tau..isk)
 
 Kali ni aku mahu pilih warna hitam! Yg bila aku pakai specs itu macam letak satu signboard kat muka

*take my words seriously*

pedulikan.. 

Tukar specs punya pasal, RM500 sudah melayang. pandai gile cina kedai tu kata beli lens yg kualiti la, apalah..

*baru cadang mahu guna contact lens tp niat terbantut kerana 
rugi wooh beli spek mahal2 kalau tak guna!*

Isk! 



pic yg digoogle inipun nampak sedapnyaaa.

mmm

Friday, September 4, 2009

obsession

saya rasa tahap keobsesan saya terhadap kerja melampau2 kan?

sampai kan tujuan saya on komputer tika ini adalah mahu check email. Mahu check sama ada email address yahoo saya dapat email yg dihantar oleh saya sendiri di office tadi (guna company's email.  
*office saya x boleh surf internet dan penggunaan pendrive adalah illegal. Makanya kerja yg x sempat dihabiskan tadi terpaksa dibuat di rumah kerana isnin ada meeting.

mo man tai~ *no problem kata olang cine

Lepas download sume attachment kerja tadi dan mule nak buat slide presentation, baru saya rasa saya terla OBSES dgn kerja! wargh! gler ke wat kerja malam sabtu? Masa study dulu (macam dah lama je tinggal study) malam sabtu tade maknenya study, gi donlod muvie laa weh~ Tsk!

kan da kata tadi, saya obses kerja.. sampaikan uniform kerja pun diupload! Tsk!
 
kesah kerja habes di sini, sampai berjumpa lagi.. cewah



Friday, August 28, 2009

tak leh blah kan..

My 1st paycheck day!
Alhamdulillah~
*senyum lebar2 sampai ke telinga
;D
*ohh, cumelnya saya senyum
- tak leh blah kan -

Saturday, August 22, 2009

GRAD!!!

Parts of "hosmetku bukan hosmetmu" HBH

1 taun punye romet
;p
4 years of studying dan kami dah GRAD!!!


yg ni?


ini poster tuk harry potter next muvie

'ge' lawan 'mok'

hehe


ps: cik gemok adalah nama rasmi buat semua hosmet.. sudah rindu sama kalian..cewah2. gambar lain sume di pesbuk oret


"SELAMAT BERPUASA SEMUA! "

;)









Monday, August 17, 2009

Congrats!

Congratulations to all graduates!


Bunga yg dibeli oleh adik yg telah dipaksa beli oleh kakaknya sebelum itu..haha

Foto2 kalian sedang diupload di pesbuk. Sabar noo, sat lagi i tag naa~ Kena melalui lembaga penapisan utk aksi2 yg dibenarkan + broadband cam kura2.. haiyoh!


Thursday, August 13, 2009

masih tentang kerusi urut OGAWA!

Hello everyone~

Banyak perkara berlaku pada hari ini. Yang mana saya sempat cerita, saya cerita ok. I bizi yu~ x leh blah! haha

Hari ni hari "terima kasih day" kat kampeni saya. Ehh. Kampeni tempat saya bekerja. Silap2. haha. Semua orang dapat makan free! chicken chop, sate dan aiskrim. memang wow kan! start from operator until manager level. Ehh. Silap lagi. Semua manager bertugas di kaunter makanan. Bila lagi kau nak tgk GM & CEO tuangkan kuah sate utk kau! They said this is a new management, after they reshuffle in early this year. Saya sungguh bertoah kan? burpp..alhamdullilah

Saya telah menjalankan tugasan pertama saya tadi! Semua kerja yg tiada berkaitan dengan programming yg saya belajar di universiti dahulu, adalah dialu2 kan.. haha.

Lesson for today: DO NOT accidentally/purposely involve in any workplace politics!

Saya sungguh bertoah dan bersyukor berada di department sekarang walaupun masih terlalu awal utk berkata sedemikian. There is nothing better I would demand. Tapi hati saya tak berapa senang dengan beberapa kejadian tadi.

Bersyukur ok! At least pas dapat gaji, kau leh beli kerusi urut OGAWA!

*adakah saya terlalu banyak bebel2..ehh silap.. 'bercerita' pasal kerja lewat entry ini?? Saya sadar ttg hal itu (sendiri tanya sendiri jawab ;p ) jangan mara haa~

Wednesday, August 12, 2009

jika dahulu

Jika dahulu,
Aku menyimpan niat utk membeli Sony Playstation bila dapat gaji pertama
Kini,
Aku nak simpan duit! Bukan utk membeli kereta, rumah apatah lagi weh.
Aku nak beli KERUSI OGAWA!

Jika dahulu,
Aku malas berjoging.
Kini,
Aku terpaksa marathon dlm factory! ulang balik ya, MARATHON! Environment di sini, time is money!

Jika dahulu,
Aku tak berapa tengok drama melayu
Kini,
Oleh sebab aku bertolak ke ofis pukul 8, makanya tiap pagi pukul 7-8, aku tengok drama APA ITU CINTA? kat Astro Prima! tak leh blah!


Sudah 2 hari balik lambat. Itupun nak kecoh kan.. adeh

Security agak ketat ya. Kamu akan discan oleh pintu metal detector (jika pintu metal detector berbunyi, kamu akan ke stage ke 2, security guard pulak yg scan kamu mcm kat airpot tu) setiap kali kamu mahu balik.

Ohh ya,
setiap pagi bila kamu mahu masuk factory, suhu badan kamu akan diukur utk mencegah H1N1. Wajib utk semua pekerja!

*Tak sabar nak cuti tuk convo! Boleh tak aku nak kata, yg sebenarnya bukan tak sabar nak convo, tapi tak sabar nak cuti!

Wednesday, August 5, 2009

saya agak stress la



saya agak stress la

ehh kawan, baru kerja 3 hari dah stress?

jadi saya perlu luahkan stress saya di mana lagi kalau bukan di sini. hehe



Now, I understand your feeling Encik kucing. ;)

I decided that I will face my stress with an open smile =)

even though it feels fake! haha


ps: ho..ho..hos..hosmet gmoks sekalian, adakah anda sume gi dinner convo? Kena decide segera tuk bayar du..du..duit..




Sunday, August 2, 2009

lalala.. hari2 kerja!

Esok aku akan mula bekerja!!

Apabila kehidupan bertukar dari menghadiri kuliah (even badan di kelas, fikiran di katil) ke bangun lambat, masak dan mengemas ke menghadap mesin dan menghadiri meeting.

Aku berharap at least mesin kat situ sekiut Bumblebee.  ;p

Moga dipermudahkan segala urusan. Doakan aku ya rakan2!


ps: Rakan2, masa convo nanti i lom dapat gaji lagi nak blanje u all. Yesh, naseb bek! hahaha..

Wednesday, July 29, 2009

budak batuk yg ngidam makan eskrem!

ini sungguh cool okeh!










sapa kata buruk, jangan bukak mulut! hahaha

tak ada pape laa..

Few things in my mind

  • Demam saya demam biasa kan? Skrang tinggal batuk je. But when sometimes coughing makes my chest feel sore plus cirit birit skali hari tu (cam malu plak nk sebut. haish) tapi sekali je. It makes me a little bit worried though. Macam semua tanda ada tapi tak serentak. Tapi adik saya dr uitm yg kena kuarantin, tp dia sihat walafiat je. Doktor kata demam biasa masa jumpe hari tu tp x check darah pun.
  • I will officially start my work next week. I hope I'm ready.. hoho
  • Convocation. 16 August 2009! Yeah!!!  *leh mintak cuti jumaat tu tuk full rehearsal! yeahh lagi!!  klik kat sini 


ohh..itu je! hehe


ps: marah tul ngan tv sbb rupe2nya citer korea tu cume isnin dan selasa after i berlagak kat blog! gggrr.. malu2.. hahaha


PENGISYTIHARAN tapi tidak penting utk kamu!

PENGISYTIHARAN tapi tidak penting utk kamu!


aku telah mengisytiharkan kepada penghuni rumahku aka adik2 ku bahwasanya

kul 9-10, tv tu aku punye!

apiz: ko kan kena kuarantin smpai jumaat ni je, so tv itu tatap aku yg punya! haha

aniz: ko kan nk pmr, gi baca buku!

muahaha

every weekdays
channel 303 (astro)
9-10pm
Korean drama


Title: He who cant marry




-kalau aku kat utp, leh donlod. tentu x heran dgn tv!- haih




ps: aku tadi try test scanner printer, sbb seblum ni x pernah try guna. Lawak gler ok muka adik aku dlm gamba ni! hahaha

oh ya.. sebelah tu tentula kakak dia! ehem2

uhuk 

batuk tinggal skit lagi

:)

kadang2 berebut tv adalah hobi ketika di rumah, seketika terasa diri muda..
 skali skala! 


Monday, July 27, 2009

jaga kesihatan rakan2!

Hari ke 4

Hari ni hari paling miserable! Harap2 hari ni lah hari klimaksnya dan demam aku menyusut ke garisan infiniti.

Hari di mana kepalaku berpusing2 sejak dari subuh. Dan bila mahu menyambung tidur membuatkan kepalaku terasa mahu berpusing lagi dengan kitaran matematik kuasa dua. 

Dan perut aku sakit. ehh tak. Ada dua benda! Perut aku sakit, tak tahu la ada angin ke apa ke, tapi dia memulas2. Lepas tu otot perut aku juga sakit! Otot? Ya, otot. Sebab setiap kali aku batuk, otot perutku juga sama bergerak menahan batuk. Betul.. Tak percaya, cuba try batuk! Oleh sebab aku rasa frequensi batuk aku bersamaan >4 batuk setiap seminit, jadi otot perut aku agak x selesa sekarang.

ok. terpanjang pulak penerangan sakit otot perut tu! 

Oleh sebab kepala pusing, aku merasakan kebarangkalian aku busuk lebih rendah. Jadi aku mengambil keputusan tidak meneruskan hasrat utk mandi. haish!

Aku sudah kata hari ni aku miserable kan

Tapi tadi petang cam ok skit, pastu adik aku lak beli kfc, jadi aku pun makan dengan jayanya lagi... lol~

Dan sekarang batuk ini benar2 membunuhku.

UHOK..Uhoks..lagi..dan lagi..

huuuuu


-itu saja updet yg aku concern pada hari ni-

jaga kesihatan rakan2!



Sunday, July 26, 2009

i need you, but i hate you

Tiada yg menarik langsung bile demam da masuk hari ketiga nih! hmm... except leh ngade2 suh adik yg wat sume kerja rumah. wahaha

Huhu

Demam yg tidak laa teruk tapi agak lama. sekejap rasa sejuk.. sekejap lagi panas cam ape je.. wah! budak yg degil ni lak (aku la tu) masih melantak (makan) tak ingat dunia. makan pedas2, kari, lagi la tak boleh tolak. Akibatnya, bila demam dah rasa kebah, dia datang balik. 

Hari ni lagi advance. Sebelum ni demam dan batuk, hari ni pulak selsema.. kasihan hidungku~

Petang ni cam ok sikit, tapi batuk tu jangan cakaplaa.. 

uhuk2..


dan

aku tak mahu berdusta dan berpura2 lagi. 

I need you...

but I hate you UBAT !!


uhuk..uhukk..
 

Thursday, July 23, 2009

uhuk..uhuk


apa yang aku paling ingin buat sekarang?



nganga mulut luas2

pastu suruh orang super kerdil garu2 kerongkong



*minta2 jangan laa demam.. jangan demam.. jangan demam..

uhuk2


*apsal muke kartun tu cam hepi je? cepat wat muke kesian skrang!

uhuk..uhuk~


Tuesday, July 21, 2009

make a wish first!


make a wish first!



1,2,3

tiup! 

fuhhhhh~~~


apa?
korang tanya nape lilin besar sangat?


sebab...



seketika tadi rumah saya xde letrik

so, gunalah lilin ni!

(~ ~)!


ps: thanks to anda yg blanja kek, yesh! ;)  thanks to my frens yg wish! thanks to facebook yg promote befday saya! (*masa intern dulu pernah conteng sume kalender satu department, bulat besar2 befday saya! haha) 

thanks to mar for your spesel wish! ciss!

tenkiu! i luv yo'all.. tima kaaseyyy~



Sunday, July 19, 2009

hobi mengarut bermaharajalela

assalamualaikum wahai tuan hamba,


di sini hamba ingin memohon maaf kerana hamba tidak pandai berkata-kata malah langsung tidak berpuitis indah.

tulisan hamba yg sebelum ni sebenarnya langsung tidak mencerminkan hamba. jikalau tuan hamba mengenali hamba pada awal-awalnya di alam nyata, mungkin tuan hamba bilang hamba ni pendiam, lembut barangkali. alahai. Malu benar hamba mahu menunjukkan perangai sebenar. 


sudahlah, apa aja yg hamba merepek ni. Lain yang hamba mahu terang, lain yg cerita. 

lebih baik hamba mengundur diri, dengan harapan ada putera raja bawak kek coklat dalam mimpi.. 


oohh..ade benda hamba lupe nak pesan 


wahai sang putera raja, hamba nak kek coklat moise yg coklatnya melt ehh


sedapnyeee~~ hee


OK..TIDO SEKARANG!

*bile tak mengantuk, hobi mengarut bermaharajalela! ;p




Thursday, July 16, 2009

sekali lagi ingin aku ucapkan

i have to type fast!

really fast!

ask me laa why? 

then only i can give answer

MasyaAllah, gediknya tuan punya blog ni.. ;p

ok2

because my adik laki aka tuan punye dis berukband (broadband) suda tuntut balik

ameklaa balik weh.. tatak heran punya la~~ *i cakap kat sini je berani.. cet!


since bulan 7 ni, terlalu banyak baby yg kiut2 dilahirkan

sekali lagi ingin aku ucapkan 

" HAPPY BEFDAY MACIK"

wahaha.. 

rilek Mar..rilek

aku sweet ape wish ko plak kat blog ni.. ;p

awal 1 hari pulak tu! haha



ps: maaflah pembaca2 sekalian, its a befday wish entry again dis time.. im too sweet though~ im sorry to say that another adorable baby was also born in July.. she is too sweet too.. 

cube teka sapa? *wink2.. *kenyit2 mata*


Monday, July 13, 2009

aku memang x puas ati selama ni!

huh

x puas ati

memang

aku memang x puas ati selama ni!

ko je yg  x tau

huh!



apsal la ko ni otai sangat haa?
aku x pernah lagi nampak ko marah, bengang skali skala tu ada laa

huh!
pastu,

apsal ko ni rajin sangat haa?
nak buang sampah pun ko tak kasi can aku wat

huh!


lagi satu,

apsal banyak sangat lak gamba ko dlm blog aku ni?

huh!



HAPPY BEFDAY YONG!

jangan mara haa~~

hehehehe



Saturday, July 11, 2009

Nama aku jadi Ekin Sharapova

Tadi ada tournament tenis. Kebetulan diorang tak cukup player, makanya aku telah dijemput menggantikan player yg tak dapat join tu. HUH! dah agak korang tak percaya! Aku kena paksa la! 

Lebih 2 jam jugakla main tenis. Akibatnya sekarang ni aku tengah suffer lenguh2 tangan pastu sakit blakang. First time tau main tenis ni!

Mula2 sorang lawan sorang, pastu baru lawan beregu. Walaupun main takla hebat sangat, nama masing2 kenalah hebat kan!

Nama aku jadi Ekin Sharapova.. 



Cukup2 laa gelak tu! Ciss korang!


Team aku ade Marlina Hingis, Robot Williams, lagi sorang x ingat nama die.. aiyak! 


Tapi takdelaa terus lawan kan. Sebelum start tournament tu, aku sempatla practice dulu, camne nak pegang raket dgn betul, pukul bola, kasik service sume. Padan muke, nak lagi suruh aku main! 

The best part nye, aku menang 1st game! wahaha! BANGGA2! *hidung kembang kempis! Sengit gakla, mule2 tu asek seri je. NASEB BAIK je sebenarnya, sebab rupe2 nya, opponent aku pun TAK RETI main! hahahah

2nd game, beregu.

Yg ni aku kasik chance member aku pukul bola lebey.. Tak nak laa nampak berlagak sgt aku sorang je main. ehehe..kaver2, padahal sendiri semput.

MENANG lagi! nak nampak pro kan, kami pun "give me five" masing2 tiap2 kali score point! eh..eh..diorang lagi berlagak tau, diorang kalu score point je, pukul2 raket kat kasut tenis sendiri.. Hekeleh~~


Agak best jugaklaa main tenis ni sampai aku tak heran bunyi sayup2 cerita Jangan Lupa Lirik kat TV berdekatan! 




"oi..oi.. dah arr wei, kasik lak aku main! Dari tadi asek ko je men PSP tu!" kata adik ku



ps: Kalau orang exam unit bace ni, mintak2 laa die kesian kat aku! Sengal tahap cicak kubing da ni!

Nak ngamok pun tak leh. Sape suruh sendiri tak ingat email n password tuk student portal! Tak pat check result! Dem!


Wednesday, July 8, 2009

we female, consider it as an adventurous, breath taking activity!

sikalang saya tahu sudah, apa pasai perempuan suka shopping time sale!

we female, consider it as an adventurous, breath taking activity!

ketika inilah kami buleh melatih otak kami berfikir dan membuat keputusan pantas! *nak beli yang ini? atau yg itu? hmm.. lenkali laa.. mak..mak, tadi kan.. =p 

selain itu,
kami juga melatih melawan godaan dalam diri.. * aku nak tanggal spek, xnak tgk barang da! haha

di samping itu,
kami juga membakar lemak badan! *apa? hujung sana diskaun 99% ? SERBU!!!!

dan juga,
kami melatih otak buat soklan kira2! *dalam wallet aku ade rm100. kalu baju harga RM39, tapi dapat diskaun 20%, berapa lai baju aku leh beli? bak sini kalkulator!

manyak syiok woo~


contoh je! aku? aku memang rela hati wat aktiviti tu! 

oi..oi.. aku waras lagi..hee.. 
kalau aku fikir aku mahu beli, aku akan beli.. tapi tanya saja kawan aku berapa juta kali aku fikir nak beli, tp akhirnya tak beli.. i sayang my money ok~ muah..muah..



ini adalah kerana hari ni ngan esok ialah Jaya Jusco Membership Card Day!

silalah shopping! murah~~ diskaun 70 pesen!

yong...serbu yong!



aku da beli 2 lai baju rege rm10 tadi..yg ni mmg tak pikir manyak kali!


ps: saya nak keje sbb wang asik mengalir keluar! haish~



Tuesday, July 7, 2009

Aku rindu zaman praktikal dulu!

Aku rindu zaman praktikal dulu. cewah! Walau macam mana aku benci berada di situ, aku telah berjaya mengumpul koleksi kawan2 yg otai. cewah lagi! 

Seorang lelaki CINA, seorang lelaki INDIA, seorang perempuan MELAYU *ini aku

x paham? ok2

satu Ah Pek, satu Thambi, satu Siti (bajet Siti Nurhalijawa)

nak lebey penerangan?

MCA ada, MIC ada, UMNO pun ada.. Ooops~ apa politik2 ni..dowh!

Mengapa kaum2 ini tidak boleh bersatu? Memajukan Malaysia, hidup aman makmur. Sentiasa bersangka baik, sentiasa tolong-menolong tanpa mengira bangsa. *Ayat berapi-api..fuhh~

Kami satu gang. Pergi ke mana2 tentu bertiga! Aktiviti kami? Betul ni nak tau? Jangan terkejut ehh kalu bagitahu. Ehh, tak jadi laah bagitau! Rahsia~ sshh..

ok2, satu je aku bagitau! Kitorang pernah fly hari jumaat gi tgk movie RAMBO! hoh~ the biggest secret is finally revealed! 

Dan kami ni memang popular kat situ. cewah kali ketiga! Sebab selalunya kalau kat cafe tu, cina duduk dengan cina, melayu dengan melayu, indon dengan indon.. Dan jadinya, kami yg ganjil ini duduklah bertiga. Jadinya, ramai lah yg memandang2, tak kurang juga yg menjeling2.. hekeleh, jeling2 lak..nampak garpu ni? haa! *dalam hati je

kerja nanti sure x sama. Mereka pun dah tak ada. Abes tu, apsal aku mintak situ balik?

Aaaaaaaaaa~



Aku benci kau Afgan..Aku benci kau Afgan..Aku benci kau Afgan! *kena cakap banyak kali supaya dia suka aku! 



lol lagi~

;p



Friday, July 3, 2009

jangan harap aku nak mintak kerja kat situ!

tadi petang aku pergi hantar resume kat tempat intern dulu. Ye..ye.. Tempat intern yg aku pernah cakap "jangan harap aku nak mintak kerja kat situ!" lol~ 

Macam mana mahu cakap ye, anggap sahaja aku perlukan kerja yang dekat dengan rumah. Bukan sebab aku mahu duduk di bawah ketiak mak, *memang tak dapat pun sebab aku lebih tinggi. ;) Tapi aku punye reason sendiri untuk itu. 

Alkisahnya, aku dengan Mar (memang nama sebenar! hehe) pergi sendiri ke company itu menghantar resume. Dan bagaimana mahu cakap ye, aku pergi memang dengan niat nak hantar resume pastu blah! Macam mana mahu cakap ye, aku nak lepak2 kat rumah lama sikit lagi la.. Masak2 tak khatam lagi ni.. *alasan baek punya~

Nak dijadikan cerita, akak HR tu berjaya buat aku poloh2 *ejaan kiut tuk peluh2..cett! "dik, leh interview sekarang tak? akak dah panggil manager, japgi die turun" 

Reaksi aku?

Tengok baju - baju convofair treasure hunt
Tengok seluar - seluar jeans
Tengok kasut - sandal lusuh!

Agak2 da cukup cun tak tuk pergi interview? 

Opkos tak maa! Giler ke?

 Tapi bukan pakaian yang aku risau, cuma aku tak practice lagi cara2 menjawab soalan interview. At least kena tengok balik la kan, apa yang aku dah buat masa intern dulu. Aiyak!

Oleh sebab akak tu cakap begini " kami perlukan 6 orang tuk freshgrad, sekarang dah ade 3 orang, tinggal lagi 3 orang nak pilih, manager lak lain hari tak free.. kebetulan petang ni dia free"

halamak! terpaksa gak laa interview sekarang ni? haiyoh!


Keputusan interview?

hmm.. next week start.. arghhh!!! *pelik kan aku ni?


jadi benarlah bagai dikata, 

JANGAN dikau membenci sesuatu/ seseorang,  itulah yg akan kamu DAPAT 


well, kalau begitu leh tak aku nak kata:





aku BENCI kau, Afgan dan bmw hitam!



agak2, Afgan suka aku x?

lol~


Tuesday, June 30, 2009

korang nak ape haa?

sudah pukul 1.00pm

tableh tdo....


mungkin kena beritahu anda satu secret:




saya adalah doreamon! robot masa hadapan yg ade poket serbaguna! kalau nk mintak sesuatu anda kenalah berjanji tolong emak cuci pinggan ya~

korang nak ape haa? *garang siut! hilang lemah lembut i! auww~


lekas tgglkan komen..saya bley tdo



zzzzzz..


Monday, June 29, 2009

Kantoi - Zee Avi

1st time aku dengar lagu ni.. never heard before.. selalunya romet ku yg akan promote lagu2 camni.. rom..dengar lagu ni rom...


Kantoi - Zee Avi


Semalam I call you, you tak answer.
You kata you keluar pergi dinner.
You kata you keluar dengan kawan you.
But when I called Tommy he said it wasn't true.

So I drove my car pergi Damansara.
Tommy kata maybe you tengok bola.
Tapi bila I sampai you, you tak ada.
Lagilah I jadi gila.

So I called and called sampai you answer.
You kata sorry sayang tadi tak dengar.
My phone was on silent, I was at the gym.
Tapi latar belakang suara perempuan lain.

Sudahlah sayang, I don't believe you.
I've always known your words were never true.
Why am I with you, I pun tak tahu.
No wonderlah my friends pun tak suka you.

So I guess that's the end of our story.
Akhir kata she accepted his apology.
Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too.
With her ex boyfriend's best friend 
Tommy

kantoi

ps: sebenarnya mmg bagus perasaan dapat berkata "kantoi".. aku rasa die patut tukar "kantoi" kepada "padan muka" hahaha *gelak evil..kejam gler seyh aku! 

ohh..lagu die bitter heart , you and me ...bagus juga! aku rasa melodi kantoi ni cam de satu lagu p.ramlee..ape ekk
arggh! tak hengat!

takpe, tak masuk exam.. exam? apa itu exam? wahaha 

Saturday, June 27, 2009

gemuk..gebu..manis..lemah lembut

wowowo

bunyi tajuk ni cam melampau kan! tau..tau.. ;p

meh dengar description haziq tom tom bak dalam syurga cinta versi iklan doughnat.. its all about DOUGHNAT laa!

gemuk..

gebu..

manis..

lemah lembut.. 




besar woo! donut yg ni lagi sedap..murah lak tu.. ni yg gue suka bangat ni!

eyh akak..sudah2 laa tu akak..

~

Wednesday, June 24, 2009

annoying gler..siyesly

hee


hehe



hehehe


ngeehehe



annoying kan



lihat tiket di bawah!




siyesly entri ni memang daku sengaja nak bagi orang annoying!

yesh! berjaya!


Tuesday, June 23, 2009

entah

entah..
masihkah ada cinta di hatiku
untukmu..

entah
kapankah ku dapat membuka hati 
untukmu

entah.. 

AFGAN

Monday, June 22, 2009

hobi sang pengangur

siapa peminat komik detective Q/penyiasat remaja di sini??
yeahh!

jumlah sume buku dalam siri ni ialah 22 semuanya
tapi aku tade no 1, 5, 6,7,10 (jumlah buku tade 5)
kire jap

22 - 5 = 17 

so, kalau ak abeskan 1 buku tiap2 malam..emm...aku masih ade 17 hari yg best di kala menjadi pengangur terhormat ni! 

q(*-*)p

*no wonder my specs is so tebal kan~ bukannya baca buku skola, tapi baca komik! but i still graduate kan..kan.. 

jap2..

kalu 1 buku RM4.50 ( the price of the 1st book is rm4.30, the final book no22 is rm 4.80..ciss!, ok2..assume je average price rm4.50)

4.50 x 17 = RM76.50

walla weh..
nevermind. istilllebiu~


Friday, June 19, 2009

aku mahu jadi cinderella atau paling teruk sekali pun betty la fea


aku mahu jadi cinderella atau paling teruk sekali pun betty la fea..hahaha

yep2..i am a typical little girl whose my father would read the cinderella story to me (but at that time, it is because my father wants me to read english storybooks..hehe)

then when i was in standard 5, I started wearing that big nerdy spectacles *rabun laa, terpaksa laa pakai but as for me back there, i thought it made my face looks like the one who scores many A.. (muka je cam dak pandai kunun, UPSR 3A je pun..heh!)

then later on, since memang dah rabun..pakai jela specs tu! but i remember throughout my high school, there were a lot of specs fashion..frame warna pink laa,frameless laa, half frame laa. waktu tu tiada kewujudan contact lens lagi.. but at that time, i didnt follow the trend either. A pair of specs would cost me around rm300 at that time. Even though I really want to change my specs to frameless specs cam sorang kawan ni, i guess its just not worth it. i'll wait until at least 2 or 3 years wearing the same specs then only i can think of replacing the old specs. *im a good daughter kan..hee.. who wants me to be his employee? *tgh carik keje! haha

then later on, it is the era of contact lens.. me? nahh.. i am still as nerdy as before.. 



sorry, gamba bajet je yg jumpe..gamba x bajet pure2 x jumpe! haha

i notice ada sedikit kecacatan lak specs yg tgh pakai ni! huuu, sedey *tapi dalam hati hehe



hmm..rasa2 nya da pakai spek ni setaun lebey da..

*alasan leh tukar yg baru! wuhuu

kunun2 nak stay nerd, pakai baju tak selawa siti nurhalijiwa..lepas tu
 transform..transform..transformer! 
kunun2 tak nak pakai specs dah, pastu leh jadi lawa laa..macam cerita betty laa fea

cet po dah! 

she is originally lawa, just make up jadi buruk je

hehehe
stop berangan then

hmm..nak beli spec baru ke tamo? nak? tamo? nak.. tamolah..tapi mahuuuu