Friday, September 11, 2009

edisi geram. arrgghh!

Sila bayangkan anda seorang pakar motivasi sebab saya ada soalan nak tanya tentang cara2 nak handle situation.

Situasinya:
1) Katakan kamu tgh buat kerja guna computer di dalam production line, tapi kamu perlu berdiri kerana monitor diletak terlalu tinggi di atas kabinet tetapi keypad di bawah. Dah penat berdiri kamu ambil kerusi di situ untuk duduk dan menaip tapi kepala kena dongak ke ataslah, sebab monitor tinggi. Tiba2, seorang operator datang "nak kerusi ni" (dgn nada yg macam mana tah terus ambil kerusi yg kamu sdg duduk)

Apa yg saya buat?
Saya diam je. Tapi terkilan tu tak yah cakaplaa sambil bertanya dalam hati "aku emo terlebih ke? apsal rasa cam geram je ni.. rasa macam nak pergi tempat dia sambil senyum dan cakap begini "hai, nama saya shikin, saya orang baru kat sini, lain kali nak ambil kerusi minta baik2 ehh." Hmm.. takleh2. cakap macam itu nanti x puas. sisa geram masih tinggal! 

Teringat pernah buat macam tu kat pak gad dulu masa dia kasi surat saman sbb tak bawak kad matrik. Angin aku baik kot time tu. Lepas pak gad tulis nama kat surat saman, aku pun buat2 ramah bertanya 

aku : "kenapa ye, ketat sangat hr ni? Ohh, terima kasih" Maksud aku nak bagi pak gad rasa bersalah la kononnya, sebab ada student yg ucap terima kasih daripada ramai student yg menyumpah2 sebab kena saman. 

Pak gad pula menjawab...

pak gad : "sama2"

Malangnya, pak gad tak paham maksud tersirat aku. haih! Geram2.. hahahaha



3 comments:

  1. haha..ko kena buat muke mengoda kot kin.haha
    org yg nak amek kerusi tuh laki ke ppuan?
    kalau ppuan mmg sah dia jeles tengok cara ko buat keje *menaip dengan kepala terjojol ke atas :P*
    kalau laki, mmg sah nak ngorat ko! haha

    ReplyDelete
  2. perempuan melayu okeh. kadang2 operator perempuan indon lebih bersopan dari orang melayu nih. isk

    ReplyDelete