Wednesday, August 12, 2009

jika dahulu

Jika dahulu,
Aku menyimpan niat utk membeli Sony Playstation bila dapat gaji pertama
Kini,
Aku nak simpan duit! Bukan utk membeli kereta, rumah apatah lagi weh.
Aku nak beli KERUSI OGAWA!

Jika dahulu,
Aku malas berjoging.
Kini,
Aku terpaksa marathon dlm factory! ulang balik ya, MARATHON! Environment di sini, time is money!

Jika dahulu,
Aku tak berapa tengok drama melayu
Kini,
Oleh sebab aku bertolak ke ofis pukul 8, makanya tiap pagi pukul 7-8, aku tengok drama APA ITU CINTA? kat Astro Prima! tak leh blah!


Sudah 2 hari balik lambat. Itupun nak kecoh kan.. adeh

Security agak ketat ya. Kamu akan discan oleh pintu metal detector (jika pintu metal detector berbunyi, kamu akan ke stage ke 2, security guard pulak yg scan kamu mcm kat airpot tu) setiap kali kamu mahu balik.

Ohh ya,
setiap pagi bila kamu mahu masuk factory, suhu badan kamu akan diukur utk mencegah H1N1. Wajib utk semua pekerja!

*Tak sabar nak cuti tuk convo! Boleh tak aku nak kata, yg sebenarnya bukan tak sabar nak convo, tapi tak sabar nak cuti!

No comments:

Post a Comment