Monday, July 27, 2009

jaga kesihatan rakan2!

Hari ke 4

Hari ni hari paling miserable! Harap2 hari ni lah hari klimaksnya dan demam aku menyusut ke garisan infiniti.

Hari di mana kepalaku berpusing2 sejak dari subuh. Dan bila mahu menyambung tidur membuatkan kepalaku terasa mahu berpusing lagi dengan kitaran matematik kuasa dua. 

Dan perut aku sakit. ehh tak. Ada dua benda! Perut aku sakit, tak tahu la ada angin ke apa ke, tapi dia memulas2. Lepas tu otot perut aku juga sakit! Otot? Ya, otot. Sebab setiap kali aku batuk, otot perutku juga sama bergerak menahan batuk. Betul.. Tak percaya, cuba try batuk! Oleh sebab aku rasa frequensi batuk aku bersamaan >4 batuk setiap seminit, jadi otot perut aku agak x selesa sekarang.

ok. terpanjang pulak penerangan sakit otot perut tu! 

Oleh sebab kepala pusing, aku merasakan kebarangkalian aku busuk lebih rendah. Jadi aku mengambil keputusan tidak meneruskan hasrat utk mandi. haish!

Aku sudah kata hari ni aku miserable kan

Tapi tadi petang cam ok skit, pastu adik aku lak beli kfc, jadi aku pun makan dengan jayanya lagi... lol~

Dan sekarang batuk ini benar2 membunuhku.

UHOK..Uhoks..lagi..dan lagi..

huuuuu


-itu saja updet yg aku concern pada hari ni-

jaga kesihatan rakan2!



6 comments:

  1. tatak tau laa..

    sape tau angkat kaki! haa.. haha

    ReplyDelete
  2. hahaha...sakit erk cik naz?? alor2 cian dia...sakit, xlarat..malas mandi...tp bab mkn kentuki laju je erk...sakit aper ni??? huhuuhu...

    ReplyDelete
  3. weh, dok cek kat sepital ke? kot2 h1n1 ke, bek cek woo

    ReplyDelete
  4. asrul,
    ape? ko nak blanje mekdonal? bile2? haha

    syaifiq,
    aku gi klinik, dr cakap demam bese. Lagipun adik ak yg uitm tu x demam pun

    yong,
    waa..terharunya! haha.. juga kepada anda2 di atas! ;)

    ReplyDelete