Saturday, December 25, 2010

its all about you..its about u

Heh, sebab dah kantoi dgn mak jadi bleh lah share kat sini..hoho

"Tadi masa mak carikan badge keje kamu, mak jumpa album gambar kamu ngan boyfren bawah bantal" -adik saya si apiz gelak gila2 hentak meja makan seb bek tak tersedak je..ciss!

Sy dah ada dia rupanya..betul ke ni? Sila cubit pipi sendiri.. Sakit ok~

;p


betul ke ni?

sila tampar pipi pulak~

muahaha


Monday, December 20, 2010

di setiap ada kamu

hehe.. i tade idea laa nak updet

kalau begitu saya tulis saje perkataan yg terngiang2 dari tadi ya


*sila baca dengan sangat gedik*



di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak

berdetaknya lebih kencang seperti genderang mau perang

di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir

mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala



;)

mau gi karok..gian..anyone?

Wednesday, December 15, 2010

jiwang mode

Ada seorg kawan tanya saya "Kau betul2 suka dia? atau just accept sbb rasa lonely atau cuma mau rasa ada org ambil berat pasal kau?"

Saya kata:
Tak, sbb ak rasa mmg dia orangnya. Ak tak nak main2 dgn hati org. Kalau suka ckp suka, tak suka jgn teruskan.

Heh..jiwang tak malam ni? muahahaha...hahaha...wahahaha..haha lagi dan lagi... ;p

Monday, December 13, 2010

sneak peak

just a sneak peak to my current life

;)


hee..kasut ni da buang da pun..

eh, cite pasal kasut lak..muahaha

the story is more to come..

doakan kami eh.. ;)

Monday, November 29, 2010

do not use stupid reason pls

After 6 years of relationship, this guy finally said to my friend...

"Saya sayang awak, tp selama ini saya tak pernah cintakan awak"

Saya macam mahu transform jadi gorila guna pencak kame hame haaa kasi patah sama dia punya kaki. Tak2, not worth it.. huh!

Friday, November 26, 2010

ketawa ada makna..

bila saya tension, saya suka sengih dan ketawa..ngeh3x

tengah hari tadi ada org tegur

'saya slalu jumpe awak dan awak slalu ketawa'

saya pun 'yeke? hehehe'

'macam mana kerja?'

saya pun 'wahahaha'


gila! obses keje. taun lepas gaji nek RM43. (berterus terang betul..muahaha) taun ni?
pls boss pls..sy mau beli kete..aigoo.


Saturday, November 20, 2010

Kenduri kawen adventure the series

Baiklah, sudah sampai masanya di mana saya meluangkan sedikit masa berharga saya utk anda. ;D

Mari ikut saya gi trip kenduri kawen. yeay!! ;)

Minggu lepas di Kuala Kangsar

Intro: Saya banyak kali pergi Kuala Kangsar tapi tak pernah pergi tanpa family. Abah yang drive, so what for to ingat jalan kan? Ini satu2nya majlis kawan matrik yg cuma kenal 6bulan shj tp masih contact smpai hr ni. Jadi, tak boleh tak pergi..hee

Peta saya:


Nampak atas sekali edit picture & autocorrect? Ya2, kawan saya upload peta dlm facebook tp terbalik..inilah peta yg sy leh refer..ngahaha


dan ini sahaja panduan ke rumah pengantin. (org takde GPS)

keluar sahaja tol, kami (sy ajak dak ofce teman saya, dah mtk kebenaran pengantin ajak mbr okeh sbb sy x mau sesat sorang2) main permainan ala2 treasure hunt. Kami jumpe sek clifford, kami jumpe sek raja muda musa, apa itu kedai jimboy? ok2, jumpe signboard kecik kedai jimboy pastu?
kami berhenti kereta terpinga2. yesh! nampak arrow ke umah pengantin.ikut je arrow dan kami sampai akhirnya!!


sedikit gambar di masjid ubudiah ygfemes kat Kuala Kangsar ni. Ini first time sembahyang di sini. cantik dan tenang.

Hari ini di Parit Buntar

Intro, hari ni majlis kawan office saya yg sama2 masuk kilang 3 taun lepas. Dia masuk utk kerja, saya masuk sbgai intern student. Pernah janji kalu siapa kawen dulu kena hantar msg "jeng..jeng..jeng..aku nak kahwin!" Jadi, tak boleh tak dtg. ;)


On the way ke Parit Buntar (2jam juga dari Ipoh) nampak gunung togel ini. Sedihnya.. Cukup2 la toreh gunung tu. (dari gunung ni la, ada simen marmar kat umah korang).


Rumah kawan saya ni betul2 tepi sawah. saya likey2! ;)
Lawak kan gambar ni. Ini mmg random snap. org putih kata candid. (Siapa mau sy jadi photographer? wink2)


Dapat jumpe bakal ibu berwarna merah, jadi sgt gembira. Tak sempat jumpe masa dia tibe2 berhenti kerja bulan puasa hari itu..now br jumpe ;)

I know2, all my buju kurung is very the plain boring. muahaha


I heard somebody is searching for a smile. Oh noo!! Then I must upload my smile first! muahaha

*Bila berjaya hide gigi tak rata in this picture, why my face is only half captured? ngaa*

Sekian..berjumpe lagi~

Thursday, November 18, 2010

len kali i citer

ada benda nak citer kat korang..

tp citer kat org tu dulu laah. tp jgn risau, korang still important..len kali i citer ehh..ngee

Wednesday, November 3, 2010

mana ada pedih..

dah lama saya tak ada ulser mulut.

bila dibiar2 ia menjadi semakin besar jadi saya pun letaklah bonjela yg amek dari klinik kilang tapi sbb kedekut sangat saya nampak nurse tu picit dari tiub bonjela letak dalam bekas putih bulat saiz 20sen bagi kat saya free of charge maka bersyukur sajalah. makanya kerja saya setiap 3jam akan pergi melihat cermin letak ubat dan saya tarik2 bibir buat muncung depan boss mengadu 'sakit..pedih~~~'
lepas tu ada seorg colleague ni bertanya, ada berapa byk ulser? saya pun kata 1 je..tapi besar. mmg besar pun. dia pun cerita dulu dia pernah kena 12 biji bulat ulser dalam mulut waktu demam. mulut semua bengkak.

baiklah.. ulser? 1 biji? 2 biji? pedih? mana ada~~~

Sunday, October 17, 2010

Sila google cara2 nak pujuk girlfren kalu dia merajuk.

what am I going to tell u is a normal issue if you are currently in a relationship.

How your mind will go beyond your limit when you are actually waiting for him/her to reply your text msg & at the same time pretending that you are actually dont mind because you understand the reason behind it.

A woman always realizes that she eventually becomes a selfish person. Trying to get his partner full attention. Cannot help it. Can you? If yes, you must be a man reading this entry ;p

Feels like want to merajuk & so on but at the same time your mind is telling you it is not worth it. Your partner might get tired of you for not being supportive & understand.

But we cannot pretend that we are OK while actually we are not, right? It will eat you slowly & not healthy for a long term solution.

Baiklah kamu, saya mahu merajuk.

ps: Sila google cara2 nak pujuk girlfren kalu dia merajuk.


(I feel like I want to delete this post..oh noo)

Tuesday, October 12, 2010

when relationship status changed

My friend just update his status to married at facebook. Agak kecil hati di situ tak jemput saya. (gurau je..chinese wedding anyway) ;p

Just wanna tell u I really admire his love story when we worked together as an intern. How his very cute galfren from sabah (that time not yet a gf) came to Ipoh just want to meet him & found out that he'd actually dating somebody else. He eventually broke up with his galfren & coupled with that sabah gal. They were actually very committed to each other & planning to get married but unfortunately the relationship is over. Every gift & present she gave to my friend had a very symbolic meaning which at that time I feel like wow..maybe it is a true love anyway.

After intern, I rarely hang out with my friend anymore & do not know the update of his love story anymore. Saya mmg pendengar setia kisah cinta waktu itu. But I like it anyway..muahaha. When a guy friend telling you how much he loves his girlfren, mulut macam ternganga.. is this kind of love story exist?

Rupenya2 love story itu dah berakhir. Dia kawen dgn org lain. **stalk dkt fb** hee




Saturday, October 9, 2010

I love living here ;)

waktu ni tgh drive tp sanggup berhenti kat tepi jalan snap few picture using henfon norkiah

Im thinking whether I would actually like to live in somewhere else

Macam org keyel yg lebih admire tgk lampu klcc dan x perasan awan dan langit di atasnya

I like to stop the clock for a while from a busy schedule. Tempat ni kat umah saya, kat sebelah tebing tu ialah sungai kinta, lepas tu br nmpak pokok2 n gunung tu.

Ipoh ni tgh2 bandar dia ada gunung..mana ada bandar, jalan besar dia betul2 tepi gunung batu kapur, tul tak?






END

Wednesday, September 29, 2010

kesah emo hari ni

Saya tengah emo dengan seorang perempuan tomboi tapi nama stephanie (mmg nama sebenar, i dah tak kira) yg emonya mengalahkan perempuan datang bulan..

woh..baiklah. sy pulak yg emo.

Dah abes dah bebel2 kat org lain.. sori gang, nanti citer kat ramai2 orang takut jadi ngumpat lak. kalu citer kat satu orang je dia panggil luah perasaan yg dibenarkan untuk menghilangkan stress eh yeke ntah la saya pun tak tahu.

ngee ;p

Tuesday, September 28, 2010

fuhh, selamat i

It is easy to spot if someone is falling in love.

Example here: Boss saya. muahaha

Sebut sahaja pasal girlfren dia, terus muka dia tukar jadi merah. Very the blushing my boss. hee
Bila bercerita pasal girlfren dia pulak, muka terus jadi berseri2 lepas tu sengih2 blushing. Lepas tu dia akan tanya, mau tgk gambar gf sy tak? Tunjuk pula dkt kami sambil muka still blushing2. hoho.. i bocorkan rahsia u di sini..muahaha

Oh maaf, sy mmg suke usik dia because...his mood will get better..fuhh, selamat i~ ;p


Tuesday, September 14, 2010

its your choice

If friends couldnt share their happiness with friends, then with who?

.........................


If you shut your ear without trying to understand d situation, judge me wrongly the way you like & keep it in your heart. Its your choice. Live with it.


.........................



hidup ini umpama roda bukan?

its your choice.


Monday, September 13, 2010

henpon norkiah i yang pandai..

Sisters. why muka kami lain? why???

muahaha



lawak gile muka adik i. terpaksa upload ;p


saje je nk upload gamba ni. pandai henpon norkiah i. dahla delete contact no kawan2 i sesuka ati dia, pastu pandai lak delete sume jerawat kat muka i.. nak amek ati i la tuh

huh! ;p

editing gambar is not my expertise. got it ;p

Bilalah saya nak pandai edit2 gamba ni?

Mebi kena amek kelas dulu, kena ada teori, baru pergi ke praktikal, tul tak?

Mana boleh pergi lab, buat esemen tanpa manual..kan..kan.. muahaha



Ni gamba original dr henpon norkiah saya


Ni gambar setelah sengaja diblurkan sikit sana, sikit sini..haih


ni make it sharp je..

apa2 pun, baik anda tengok real life je, guna mata sendiri tgk..sure ori. hee


Ini Danish.. dah besar mesti hensem.

Saturday, September 4, 2010

I mish u

Oh my blog,

I mish u..

Siyesly.. PC kat umah rosak jadi selama 2 minggu ini hanya on9 di fesbuk guna hp sahaja. Macam mana nk update kat kamu guna hp sbb menaip di touchscreen hp especially when tangan i yg besar ni asik tertekan huruf lain je. ngaa

Im back bebeh! muahaha

Thursday, August 12, 2010

perempuan memang kuat berfikir.

I used to merapu here.

So, mari continue. heheh.

Hari2 saya sangat kalerful, jadi kalau mahu cerita di sini takut korang jadi sangat menyampah pulak. Tapi kadang2 rasa sangat takut kalau2 ia hanya sementara. Sehingga satu tahap di mana kamu hanya akan go with the flow tanpa berfikir jika, kalau, andai, bagaimana jika.....

Jadi apa yang saya buat adalah hanya berfikir untuk hari ini tanpa takut pada masa hadapan. Jika di masa hadapan suasananya adalah berbeza, sungguh saya akan kecewa.. tentu.huhu

perempuan memang kuat berfikir! ciss. ;p

Friday, August 6, 2010

A gift

I always know that July is full of surprises.

But I dont know Allah had gave me a big gift in July

Cepat sangat kah?

>Taklah

>Ekspress je

^^

Friday, July 23, 2010

rakan sekerja yg cumel


Cumel sungguh rakan sekerja saya

Belikan kek dan nyanyi lagu happy birthday kat office

Apa yg sungguh special?

lagu happy birthday dalam 3 bahasa

Selamat hari Jadi, Happy birthday, ada satu lagi lagu cina. tapi bukan cam lagu happy birthday yg biasa dgr tu.

Semua org siap berdiri keliling meja sambil nyanyi bersungguh2. siyesly bersungguh2.

saya sungguh terharu! best juga celebrate birthday dah tua2 ni. ;p


yg ni masa celebrate birthday 2 org rakan sekerja lain juga bulan7.

oh noo! gila tembam muka sendiri.tsk

Monday, July 19, 2010

mari celebrate one year of working! heheh

Tgk Cbox saya. Nampak tak nama 'gago' di situ?

I think I dah bagi harapan palsu kat dia

It turns out dia rupenya junior saya kat universiti even tak pernah nmpak sebelum ni

I believe there's a better job out there waiting for you.

Dengar anda sudah resign.

I wish you best of luck!

Im gonna celebrate my 1st anniversary of working. wuhuu! ;D

Tak percaya sungguh. lallala~


Sunday, July 18, 2010

I am smart, pretty & confident girl

I am smart, pretty & confident girl.

I am smart

I am pretty

I am confident

Kena ulang banyak2 kali utk mendapat keyakinan diri.

Kamu adalah apa yg kamu fikir bukan?

sesekali kena mencontohi Betty Suarez. yeay!

Saturday, July 10, 2010

barang2 yg perlu disimpan dlm laci


Mahu tahu apa dalam laci meja office saya?

;p


I know2. 5S fail

label tulis stationary tapi dlm penuh kertas conteng + makanan

Lama sungguh x beli choki-choki ^^

sy OT hari ni, tu yg tahap bosan ambil gmbar laci sendiri. hahaha

Monday, June 28, 2010

bola dan facebook

Eh, saya bencilah bila saya jadi stalker pesbuk orang ni.

-Inilah akibatnya bila TV asek tayang bula, jadi saya tak tahu nak watpe bila balik rumah, last2 asyik surf internet aka stalk fesbuk org hari2!

Ex-rumet saya nak bertunang! wah, tiba2 hari ini asek terkenang zaman jadi rumet dulu. zaman borak2 sehari suntuk, zaman masing2 kumpul baju bawa balik rumah dan zaman masing2 bawak makanan dr rumah.

Eh.eh, jangan salah faham. Bukan romet cik mok tu. *walaupun ak tau ko mmg nk kawen cepat, rom*hehe

Rumet waktu matrik saya. Wah, mmg ramai sungguh yg mahu kahwin dis year kan?


Saturday, June 26, 2010

aktiviti pada hr sabtu & ahad!

Banyak sbnrnya sy mahu story, tapi sebab hari ni and esok saya OT, jadi malas plak nk update blog (macam lah ada kena mengena.haha)

Boss sy kata orang Amerika berjaya ke bulan sebab mempraktikkan FMEA (stands for Failure Mode Effect Analysis). Maka kami juga kena mempraktikkan dalam process kami.

"Shikin, FMEA. I know u can do it! I trust you!" begitulah kata2 manis seorang boss bila mahu anak buah buat kerja.

Jadi di office lah tempat saya sepanjang hari sabtu dan ahad ini.

Bak kata seorang kakak di offce saya "Marilah datang OT, dapat juga duit. kang nanti nak raya byk nak pakai duit"

Akhir kata, bila agaknya sy dapat jadi boss? heheh

Friday, June 11, 2010

hari ini memang teruk

Saya tertanya2 apakah perasaan lelaki menghadapi kerenah perempuan yang tak menentu terutamaya dalam beberapa hari setiap bulan itu.

Im like, shit I wanna get rid of this sudden emotional breakdown!

Oleh sebab saya cuti semalam, pagi ini sahaja buka email ada 100+ emails yang mana untuk membacanya sahaja mengambil masa lebih setengah jam.

Priority email bermula dengan membaca email dari boss besar, boss kecil, customer dan masalah2 dari production.

Mata pulak memang terus menangkap email dari HR:

........


Hi,

We on hold your payment OT on Apr17 (saturday) due to no evidence of your attendence.

(Itu pun setelah saya berulangkali bertanya kerani kenapa OT saya tak dapat lagi? Selama saya balik lambat kadang2 sampai pukul 10 mlm, saya tak pernah pulak nak claim OT. Cuma kalau Sabtu sahaja saya mahu claim OT sebab hari itu cuti saya. emo pula)

.......

Cepat2 pula saya membalas email itu.

Hi,

I did wrote my attendence on guard house. However, if Im not mistaken I lost my badge during that week but had replaced it the following. (shit, memang saya hilang badge waktu itu) Pls refer to my communication email with production on that particular day.

......

Hi,

Pls photostat ur attendence at guard house and submit to HR.

....

(Saya benci kerenah birokrasi HR!)

Hi kak...(our department clark)

Kindly help to photostat my attendence & submit to HR. Thanks

.......

Pls get it by yourself

Regards,
(our department clerk)


.......


Sejak bila pulak kak kerani ni tak puas hati dengan sya? It is rude, dont u think so? Nak naik angin, kakak ni sebaya mak saya. Mak saya kerani juga tapi masyaAllah, tak tahulah nak cakap macam mana.

(tiba2 sahaja air mata dah bergenang..ciss!) Tiba2 sahaja terlalu terasa. Boss saya semua cina, tapi tak pernah pulak nampak mereka layan anak buah dengan buruk.

.......

Boss,

Pls take note that I will not do any OT in the future.

(yg ni x jadi send kat boss sbb tiba2 mula menghitung hari adakah telah tiba musim2 beremosi saya pada bulan ini)

.........

Tuesday, June 1, 2010

Result-fail

Amaran: entri ini bukan berniat untuk menempelak sesiapa yang berkenaan secara tidak langsung

Saya

Tak faham sungguh dengan orang yang suka membanding-bandingkan pekerjaan, taraf sosial dan sebagainya.

Apakah maksud kenyataan ini?

"tu aku kurang pasti
tapi aku tanyer budak2 ptd ni
mmg tak nak masuk la eng
sbb ptd ni somebody
eng ni biasa2 je walaupon lebih masyuk
itupon klu dapat company besar
klu company biasa2
x la masyuk sangat kan"

silap besar la orang yg chatting dengan saya ni, sbb saya kopi pes cakap anda di blog saya.

but no offense. I have no hard feelings towards you. Im just wondering.hmm

But you know something, outside factory im working has the best stall selling cekodok.

And I am happy enough to eat cekodok on my way home from work & forget every stress that matters. ;D

Monday, May 31, 2010

hari ni post panjang

haha. takde yang bestnya hari ni

hari yang agak releks sikit. daripada last week buat kerja terkejar2, masuk line pakai jumpsuit (uniform menutup aurat sebab hanya nampak mata) lepas tu terkejar2 tanggal plak uniform sebab nak pergi toilet. tsk

oh ya, saya tak dapat la PTD tu. (betul arr ni yong? ak malas nak check nih.haha) saya mmg tak ada hati pun sebenarnya nak gi PTD tu. Dah macam agak selesa plak kat kilang nih. tak tipu. heheh

Tempat sekarang ni walaupun saya melayu, opportunity itu masih diberi. Jadi saya rasa lebih baik ambil pengalaman ini dahulu, kerja kilang ni tak sama macam kerja di tempat lain. Lebih2 lagi kilang ini kilang subcon. Jadi mana2 package yg kilang asal susah nak buat akan diberi pada kami. jadi ia agak tough sebenarnya. Jangan harap nak kaya cepat dengan claim mileage, elaun itu, elaun ini macam company lain.

Tapi orang kat sini baik2. Sebab tu aku tak kesah kerja kilang! (kalau aku ada merungut pasal kerja nanti, pls ignore. hoho)

Wednesday, May 26, 2010

may we live happily ever after

Kamu punya segalanya yg kamu mahu.

Kamu punya keluarga

Kamu punya rakan

kamu punya rumah

kamu punya pekerjaan

kamu punya wang

tapi kamu selalu berharap kalau kamu boleh bertukar menjadi orang yang kamu mahu walau sehari

Tapi tadi makhluk ogre bernama Shrek telah bertukar tempat dengan saya. Dan saya bernasib baik saya tidak melalui ujian yg dilaluinya

may we live happily ever after~

THE END

Sunday, May 23, 2010

Its all about you

I love boyband. who dont? hohoho

Wednesday, May 19, 2010

2 orang perempuan berfoya-foya

Baiklah2. ini adalah sambungan dari soalan comel oleh rakan sekerja saya. huhu

kali ini dia tak bertanya pada saya. dia tanya pada rakan sekerja yg lain tentang saya setelah terbaca komen orang di wallpaper facebook saya. Dengan innocentnya dia bertanya.

Apa maksud kalau dua orang perempuan kata mereka nak berfoya-foya? Dua orang perempuan you know??

Rakan sekerja saya pun menerangkan padanya. selalunya kalau macam tu nak pergi jalan2 ke, shopping ke.

saya yg mendengar mereka bersoal jawab tentang saya cuma *speechless ntah kali keberapa*

Friday, May 14, 2010

mix feeling

saya minta maaf jika saya ada menyakitkan hati kawan saya


you are my best friend, but it does not gives you a licence to attack my life indirectly.

it hurts me so much because you are my best friend.

Its my life you are talking about in public

and I thought you are my best friend.


...

Thursday, May 6, 2010

itik

Tiba2 teruja tengok itik dalam sangkar.



Monday, May 3, 2010

who's next?

Maybe I would make a special diary to take note on friend's wedding tru out the year. (pura2 menjadi watak dalam cerita 27 dresses. cet)


Ya, saya rasa orang yang berumur 24 tahun sepatutnya memang sudah bersedia utk berkahwin


huahua


Lebat giler hujan hari sabtu lepas. Banjir ok rumah pengantin tu. huehue


Saya takkan lupa sinsing kain pegang payung utk balik.


It will be an unforgettable wedding.


Congrats Zura! 9 taun bercinta. oh wow~




Tuesday, April 27, 2010

huhu

Tengah meeting,

Saya pula menaip sms bertanya kepada rakan sejawat yang baru resign macam mana dia handle issue itu dahulu. *damn, byk kije*

Tiba2, orang yg duduk di sebelah saya bertanya:

Saya nak tanya sikitlaa. Apa maksud huhu? Saya tengok u banyak taip perkataan huhu. haha saya tahu laa, gelak. hehe pun saya tahu. cuma huhu saja saya tak tahu.

*im speechless* dunno how to answer

Sunday, April 18, 2010

Muahaha

Hari ini saya ingin mengishtiharkan saya akan berjimat cermat buat 3 bulan yg akan datang setelah tidak dapat menahan nafsu untu menunggu harga handphone di bawah jatuh ke tahap yang saya mampu beli.
Setelah meng'aim' Nokia Express Music touchscreen yg harganya telah jatuh ke RM900 dari harga asal RM1500+. Yesh! Malang sekali saya berubah hati setelah terpandang handphone di bawah ini umpama cinta pandang pertama sementelah tidak mampu utk membeli Iphone yg digilai anak muda remaja zaman sekarang. haih.
Mempersembahkan Nokia N97 mini series. weee~



Wednesday, April 14, 2010

cita2 masa kecil

Kalau suara saya sedap, mungkin saya dah join akademi fantasia 4 tahun lepas. (sebab 4 tahun lepas akademi fantasia masih popular, skang x)

Saya pernah dapat tempat kedua dlm pertandingan karaoke antara sepupu2 saya. Tempat pertama sepupu lelaki saya dapat sebab dia alunkan azan. Saya plak nyanyi lagu Nora-Di persimpangan dilema. (lagu tu tengah hot ok masa tu ;p) Opkos kazen sy menang. (hmm, masa tu darjah 3 kot)

Darjah 5 pun saya pernah naik atas pentas dan menyanyi. Lagu yg diajar ketika kelas muzik je pun.

Tapi saya confident nyanyi atas pentas. Tak sangka kan? I miss those time but not school time. Terasa nak masuk balik kelas muzik nyanyi lagu

Bunga matahari sangat cantik
kembang di waktu pagi

Bunga matahari sangat cantik
nanana na na..

;D

Sunday, April 11, 2010

Gomen?

Ramai sangat yang datang exam PTD smlm.

Dah macam hari pertama mendaftar untuk masuk universiti.

Ironi sungguh tempat ujian PTD adalah bertempat di bangunan sebelah tempat opis I bekerja.
Apakah maksudnya itu? Cam tak pass je nih. hoho

Thursday, April 1, 2010

Right now I just want to take care of my feelings

Im mad at myself.

Im mad because I just couldnt say out loud whats in my head. -apsal susah sangat nk sound direct kat orang ni? arghhh~~

Saya jarang marah. Rakan baik saya semua tahu. Tapi bila saya marah, kamu patut tahu itu bermakna kamu dah melampau. Its too much. Rakan baik saya juga semua tahu itu.

Marah tapi muka tak nampak macam tunjuk marah. damn. Eng is not an easy job. Our job is to make other's life easier, unfortunately not ours.

*saya tengah protes.huh*

Sunday, March 21, 2010

ciss! salah lagi!

Tak pernah lagi saya jumpa orang seclumsy saya!
Kenapa saya tak tukar je stoking kalau dah tau sebelah lain, sebelah lagi lain?
Sebab saya langsung tak sedar pun saya pakai stoking bukan 1 pair. OMG!

Saya cuma sedar setelah 2 hari saya memakai stoking yg berlainan. Itupun sebab pada hari ketiga semasa nak tukar pakai stoking yg baru, saya tak jumpa sepasang stoking yang sama dalam beg kerja.
Setelah menggaru2 kepala mencari "apsal dlm beg aku ada stoking sebelah kanan lain, sebelah kiri lain ni?"
Akirnya saya tersedar 2 hari sebelum itu saya memang telah memakai stoking yang berlainan. Ciss!
Containment Action: Pakai jela stoking sebelah lain sebelah lagi lain ni untuk pada hari ketiga dan keempat. Siapa tau kan?
Total hari pakai salah stoking = 4 hari! ciss! hahahahaha *gelak kat diri sendiri*

Thursday, March 11, 2010

The Other Boleyn Girl

The movie is so good. saya tak sure kalau anda suka atau tidak.

The movie is from the perspective of Mary Boleyn. Sister of Anne Boleyn who married the King Of England. Tragic giler story ni. Actually it is a true story, famous in history because the King had called an annulment with his wife, the Queen just because he fell in love Anne Boleyn. Excuse for the annulment is because the Queen had failed to give a son, the heir of the kingdom. Mary is the king's mistress at that time. A lot more drama laa sebnrnya where at the end, desperate Anne want to give birth to a son had pushed her to commit incest with her own brother dan akhirnya dihukum pancung. Actually, at the end of the film she does not commit it.

Natalie Portman as Anne. I like her a lot.

Wednesday, March 3, 2010

kamu ok?

Perasaan bercampur baur.

Ohh dem. I hate a moment when I feel like I am denying somethings. Kamu tahu, perasaan camne tah tp masih cuba lagi nak berlagak ok. (sila jangan percaya bila perempuan ckp dia ok, dia tak ok, okay~) haha

I am not ok.


(few seconds later)



Now, I'm okay.

(yang ni sila percaya. Mahu naik angin balik bila org x percaya kamu dah okay) haha


Saya kagum dengan orang yg boleh expreskan perasaan sendiri. Kalau marah, tunjuk marah, kalau sedih tunjuk sedih, kalau tension, tunjuk muka tension. Malangnya muka saya satu expression.


Saya pun tak tahu ini expresi muka ketika apa.

ps:I dont feel like I want to publish this post & I dont feel like I wanna work tomorrow either..huhuhu~ saya okay. ;)

Monday, March 1, 2010

2010 Mar 01

ISNIN

Feels like I'm missing something. hmm

Saturday, February 27, 2010

Saturday, February 20, 2010

some news from facebook

I just knew my-ex has a new gf.

I just knew a person I admire just have a gf.

Believe me, facebook is really useful if you want to know 70% of thats person's life. Nahh.. Im not a facebook obsess, I rarely get a chance to online nowadays. Working life makes me wanna sleep when the clock shows 11pm. Better grab some books or comics and prepare to sleep. ;)

Apsal tangan gatal sangat ni bukak pesbuk orang ni? rotan kang! hah


I found out I have lots of pictures I like in my handphone camera. 2Megapixel Sony handphone W580i which now if I wanna trade in, they will only offer RM200! Hey, I beli dulu RM900 tau..isk2
Tapi gambar handphone ni nice laa. Thinking nak beli handphone..Later, later laah!
Any suggestion of handphone with nice picca camera?
-nak beli dslr susah nak bawak ke mana2 laa, (padahal terasa mahal sgt, sayang duit ;p )-huhu

ni baru fesyen kaka kuku kaki

sebab you all gelak, selipar i otomatik jadi femes sekelip mata. wowow
ni baru fesyen kaka kuku kaki
(gambar mmg tak di edit ehh, natural berkilau2.. -entah apa motif ak mention tah?)
mak saya cukup tak berkenan bila saya tunjuk selipar ni kat dia.
abah saya cakap "ambil lerr.."

Friday, February 19, 2010

Maafkan saya

Daripada saje nak gurau, tiba2 jadi sakit hati.

Huh. Bila pulak dia buat kerja aku? Malas lah nak layan org camni!

Ya2.. saya sound kat sini! Tak sound direct kat dia. Biarlah sy membebel kat sini. Benda memang x betul, tak payah peduli nak defence diri sendiri kat dia. No point of arguing.

What? Freshies? Its not like we are now in junior high school my dear. Habis rosak mood bermuka buku mlm ini..hihu..

Baiklah, sy maafkan dia. Pernah tak saya buat orang hilang mood? Maafkan saya ya.

Tuesday, February 16, 2010

Inilah yg kt panggil fesyen! yeah!

Ini lah yg kita panggil fesyen!


Yeah!




Jangan tengok bawah..tengok depan je. Jangan wat2 x selesa (walaupun selipar tinggi seblah). Cool je ek..


(dem, malang gler ari ni, kerja trouble, jd gi jusco tanpa sedar sandal sebelah kiri, selipar jamban seblah kanan!) arghh


Sunday, February 14, 2010

Notting Hill.

I am a big fan of Julia Robert. ;)

Just watched Notting Hill at Astro. Pls enjoy this vid. Have a nice day. GONG XI FA CHAI!

Notting Hill
Shania Twain -You've got away-

Wednesday, February 10, 2010

Did I just talk about myself?

Saya kedekut (sikit)

Im planning to buy a car.
My dream car? BMW of course
Still affordable & really interested in? Persona! I think this car is smart (for me)
After think about 2x100 times: New Saga is enough. Its cheaper. Less petrol usage. I can save some money.

hmm..tunggu kumpul duit laa, baru dapat bayar down payment banyak. More money can be save. hmm

Saya x peduli (sangat)

Apa itu cosmetics?
Past history: Put a lipstick once when in 3rd grader, get caught by emak. Thats all I can remember regarding makeup & me relationship.
Current situation: You will never find anything. Pls try. Even a compact powder. I dont have. ohh, i got bedak sejuk if you want. (kecik2 dulu hari2 pakai bedak sejuk)
Real situation: hahaha

Saya peduli (sangat)

Cermin mata
Purpose: To read good books, to watch television, to admire all things
Hope: Can I wear contactless? Hmm.. I dont have time to be fussy on its cleanliness & can only wear it for 8 hours only/per day? haih

OHH. Did I just talk about myself? Annoying kan.. Pls say no. No..no..

Saturday, February 6, 2010

tak ada

Tak ada topik

Tak ada cerita

Tak ada gosip

Tak ada drama sebabak

Tak adalah yang pastinya.

Saya boring, terima sajalah! Japgi kena amek adik balik dr tuisyen pastu sambung buang masa depan tv. Masa saya memang banyak terbuang. Entah suka atau tidak.

Dapat lepak buang masa pun still nak ngadu! i leh save duit. pikir positive..positive.. ahahaha. boring. ahahaha.. (#-#)

Friday, January 29, 2010

Havent met you yet

Havent met you yet! (mengapa ada tanda seru di situ? hoho)

Kebetulan baru lepas tgk michael buble nyanyi dlm oprah winfrey show. ;)


Wednesday, January 27, 2010

who am I to judge people? saya seorang kartun..haha

kamu tahukah antara komen yang jujur dan komen yang menyakitkan hati, tirainya adalah senipis kulit bawang?

-eh, pakaian u ni macam 40an lah! hahaha. saya cakap direct sebab tak ada orang berani cakap dekat u! -

ouh..bagi seorang aku, to comments someone's appearance is a very sensitive issue. Unless he/she wears low cut jeans until my eyes cannot tahan already. Then it is different story. (is it? who am I for being busy body looking at it?) At the end of the story, it really depends on how you comments despite how sincere your intention are.

Your appearance is your personality. As long as you happy, although you are not fashionable, although your hair tak pacak2 macam duri & as long as your cloth is clean, in good condition (no koyak2), you can ignore any other comments although at the end of the comments, they said no hard feelings ok.

I give no comments when people ask somethings not because I am playing safe or I am super nice, do not want to hurt people's feeling. It is because I am not the one who is expert on it to judge you. :)

Monday, January 25, 2010

sikfan laa..lei..lei~

aku memang tak berapa sangat makan ikan nih
tp fish burger ni memang super sedap.
(orang lain punya makanan mmg sedaplah, nape tah? ;p)

sape kata perempuan makan kontrol?
hish..x kenal2..
sapa tah dalam gambar nih? anda kenal?
sms ON1 ke 4567.

Friday, January 22, 2010

nak baca jugak ke? sila2 ;)

ya, saya macam agak busy, macam la... oh tidak, saya mmg agak busy lately

entah kenapa rasa tak cukup pula masa dari 8.30 sampai 6.15 tu. nak gi toilet pun rasa cam buang masa. pergh! hamek kau!

Ada tak saya cerita, lebih kurang 10 orang junior UTP diambil bekerja di tempat saya? (tak tahu apa motif kena cerita..bukannya kenal pun. haha!) cuma mereka diambil ketika berkuat kuasanya training selama 6 bulan, meaning betul2 training. Process flow training dan sebagainya. Tak macam saya yg terus masuk department dan bekerja. Ada pro & cons. But so far, so good. ;)

Sejak akhir2 ini byk pula terbaca alkisah orang bercinta. Semoga anda semua bahgia. cewah! sungguh, ikhlas ni. Saya? Saya bahagia hidup single. Mungkin pabila tuhan berasa saya mampu handle pahit manis masam kelat cinta nih, barulah dia temukan seseorang buat saya. (biar betul aku tulis perkara2 begini. wargh) Mahu enjoy cari duit lu. sekian ;)

Monday, January 18, 2010

HBH gathering Jan'10

Mission accomplished!


hosmetku bukan hosmetmu (HBH) gathering Jan'10






Sayang anda semua..cewah2.. till we meet again, take care! ;)