Wednesday, July 29, 2009

budak batuk yg ngidam makan eskrem!

ini sungguh cool okeh!










sapa kata buruk, jangan bukak mulut! hahaha

tak ada pape laa..

Few things in my mind

  • Demam saya demam biasa kan? Skrang tinggal batuk je. But when sometimes coughing makes my chest feel sore plus cirit birit skali hari tu (cam malu plak nk sebut. haish) tapi sekali je. It makes me a little bit worried though. Macam semua tanda ada tapi tak serentak. Tapi adik saya dr uitm yg kena kuarantin, tp dia sihat walafiat je. Doktor kata demam biasa masa jumpe hari tu tp x check darah pun.
  • I will officially start my work next week. I hope I'm ready.. hoho
  • Convocation. 16 August 2009! Yeah!!!  *leh mintak cuti jumaat tu tuk full rehearsal! yeahh lagi!!  klik kat sini 


ohh..itu je! hehe


ps: marah tul ngan tv sbb rupe2nya citer korea tu cume isnin dan selasa after i berlagak kat blog! gggrr.. malu2.. hahaha


PENGISYTIHARAN tapi tidak penting utk kamu!

PENGISYTIHARAN tapi tidak penting utk kamu!


aku telah mengisytiharkan kepada penghuni rumahku aka adik2 ku bahwasanya

kul 9-10, tv tu aku punye!

apiz: ko kan kena kuarantin smpai jumaat ni je, so tv itu tatap aku yg punya! haha

aniz: ko kan nk pmr, gi baca buku!

muahaha

every weekdays
channel 303 (astro)
9-10pm
Korean drama


Title: He who cant marry




-kalau aku kat utp, leh donlod. tentu x heran dgn tv!- haih




ps: aku tadi try test scanner printer, sbb seblum ni x pernah try guna. Lawak gler ok muka adik aku dlm gamba ni! hahaha

oh ya.. sebelah tu tentula kakak dia! ehem2

uhuk 

batuk tinggal skit lagi

:)

kadang2 berebut tv adalah hobi ketika di rumah, seketika terasa diri muda..
 skali skala! 


Monday, July 27, 2009

jaga kesihatan rakan2!

Hari ke 4

Hari ni hari paling miserable! Harap2 hari ni lah hari klimaksnya dan demam aku menyusut ke garisan infiniti.

Hari di mana kepalaku berpusing2 sejak dari subuh. Dan bila mahu menyambung tidur membuatkan kepalaku terasa mahu berpusing lagi dengan kitaran matematik kuasa dua. 

Dan perut aku sakit. ehh tak. Ada dua benda! Perut aku sakit, tak tahu la ada angin ke apa ke, tapi dia memulas2. Lepas tu otot perut aku juga sakit! Otot? Ya, otot. Sebab setiap kali aku batuk, otot perutku juga sama bergerak menahan batuk. Betul.. Tak percaya, cuba try batuk! Oleh sebab aku rasa frequensi batuk aku bersamaan >4 batuk setiap seminit, jadi otot perut aku agak x selesa sekarang.

ok. terpanjang pulak penerangan sakit otot perut tu! 

Oleh sebab kepala pusing, aku merasakan kebarangkalian aku busuk lebih rendah. Jadi aku mengambil keputusan tidak meneruskan hasrat utk mandi. haish!

Aku sudah kata hari ni aku miserable kan

Tapi tadi petang cam ok skit, pastu adik aku lak beli kfc, jadi aku pun makan dengan jayanya lagi... lol~

Dan sekarang batuk ini benar2 membunuhku.

UHOK..Uhoks..lagi..dan lagi..

huuuuu


-itu saja updet yg aku concern pada hari ni-

jaga kesihatan rakan2!



Sunday, July 26, 2009

i need you, but i hate you

Tiada yg menarik langsung bile demam da masuk hari ketiga nih! hmm... except leh ngade2 suh adik yg wat sume kerja rumah. wahaha

Huhu

Demam yg tidak laa teruk tapi agak lama. sekejap rasa sejuk.. sekejap lagi panas cam ape je.. wah! budak yg degil ni lak (aku la tu) masih melantak (makan) tak ingat dunia. makan pedas2, kari, lagi la tak boleh tolak. Akibatnya, bila demam dah rasa kebah, dia datang balik. 

Hari ni lagi advance. Sebelum ni demam dan batuk, hari ni pulak selsema.. kasihan hidungku~

Petang ni cam ok sikit, tapi batuk tu jangan cakaplaa.. 

uhuk2..


dan

aku tak mahu berdusta dan berpura2 lagi. 

I need you...

but I hate you UBAT !!


uhuk..uhukk..
 

Thursday, July 23, 2009

uhuk..uhuk


apa yang aku paling ingin buat sekarang?



nganga mulut luas2

pastu suruh orang super kerdil garu2 kerongkong



*minta2 jangan laa demam.. jangan demam.. jangan demam..

uhuk2


*apsal muke kartun tu cam hepi je? cepat wat muke kesian skrang!

uhuk..uhuk~


Tuesday, July 21, 2009

make a wish first!


make a wish first!



1,2,3

tiup! 

fuhhhhh~~~


apa?
korang tanya nape lilin besar sangat?


sebab...



seketika tadi rumah saya xde letrik

so, gunalah lilin ni!

(~ ~)!


ps: thanks to anda yg blanja kek, yesh! ;)  thanks to my frens yg wish! thanks to facebook yg promote befday saya! (*masa intern dulu pernah conteng sume kalender satu department, bulat besar2 befday saya! haha) 

thanks to mar for your spesel wish! ciss!

tenkiu! i luv yo'all.. tima kaaseyyy~



Sunday, July 19, 2009

hobi mengarut bermaharajalela

assalamualaikum wahai tuan hamba,


di sini hamba ingin memohon maaf kerana hamba tidak pandai berkata-kata malah langsung tidak berpuitis indah.

tulisan hamba yg sebelum ni sebenarnya langsung tidak mencerminkan hamba. jikalau tuan hamba mengenali hamba pada awal-awalnya di alam nyata, mungkin tuan hamba bilang hamba ni pendiam, lembut barangkali. alahai. Malu benar hamba mahu menunjukkan perangai sebenar. 


sudahlah, apa aja yg hamba merepek ni. Lain yang hamba mahu terang, lain yg cerita. 

lebih baik hamba mengundur diri, dengan harapan ada putera raja bawak kek coklat dalam mimpi.. 


oohh..ade benda hamba lupe nak pesan 


wahai sang putera raja, hamba nak kek coklat moise yg coklatnya melt ehh


sedapnyeee~~ hee


OK..TIDO SEKARANG!

*bile tak mengantuk, hobi mengarut bermaharajalela! ;p




Thursday, July 16, 2009

sekali lagi ingin aku ucapkan

i have to type fast!

really fast!

ask me laa why? 

then only i can give answer

MasyaAllah, gediknya tuan punya blog ni.. ;p

ok2

because my adik laki aka tuan punye dis berukband (broadband) suda tuntut balik

ameklaa balik weh.. tatak heran punya la~~ *i cakap kat sini je berani.. cet!


since bulan 7 ni, terlalu banyak baby yg kiut2 dilahirkan

sekali lagi ingin aku ucapkan 

" HAPPY BEFDAY MACIK"

wahaha.. 

rilek Mar..rilek

aku sweet ape wish ko plak kat blog ni.. ;p

awal 1 hari pulak tu! haha



ps: maaflah pembaca2 sekalian, its a befday wish entry again dis time.. im too sweet though~ im sorry to say that another adorable baby was also born in July.. she is too sweet too.. 

cube teka sapa? *wink2.. *kenyit2 mata*


Monday, July 13, 2009

aku memang x puas ati selama ni!

huh

x puas ati

memang

aku memang x puas ati selama ni!

ko je yg  x tau

huh!



apsal la ko ni otai sangat haa?
aku x pernah lagi nampak ko marah, bengang skali skala tu ada laa

huh!
pastu,

apsal ko ni rajin sangat haa?
nak buang sampah pun ko tak kasi can aku wat

huh!


lagi satu,

apsal banyak sangat lak gamba ko dlm blog aku ni?

huh!



HAPPY BEFDAY YONG!

jangan mara haa~~

hehehehe



Saturday, July 11, 2009

Nama aku jadi Ekin Sharapova

Tadi ada tournament tenis. Kebetulan diorang tak cukup player, makanya aku telah dijemput menggantikan player yg tak dapat join tu. HUH! dah agak korang tak percaya! Aku kena paksa la! 

Lebih 2 jam jugakla main tenis. Akibatnya sekarang ni aku tengah suffer lenguh2 tangan pastu sakit blakang. First time tau main tenis ni!

Mula2 sorang lawan sorang, pastu baru lawan beregu. Walaupun main takla hebat sangat, nama masing2 kenalah hebat kan!

Nama aku jadi Ekin Sharapova.. 



Cukup2 laa gelak tu! Ciss korang!


Team aku ade Marlina Hingis, Robot Williams, lagi sorang x ingat nama die.. aiyak! 


Tapi takdelaa terus lawan kan. Sebelum start tournament tu, aku sempatla practice dulu, camne nak pegang raket dgn betul, pukul bola, kasik service sume. Padan muke, nak lagi suruh aku main! 

The best part nye, aku menang 1st game! wahaha! BANGGA2! *hidung kembang kempis! Sengit gakla, mule2 tu asek seri je. NASEB BAIK je sebenarnya, sebab rupe2 nya, opponent aku pun TAK RETI main! hahahah

2nd game, beregu.

Yg ni aku kasik chance member aku pukul bola lebey.. Tak nak laa nampak berlagak sgt aku sorang je main. ehehe..kaver2, padahal sendiri semput.

MENANG lagi! nak nampak pro kan, kami pun "give me five" masing2 tiap2 kali score point! eh..eh..diorang lagi berlagak tau, diorang kalu score point je, pukul2 raket kat kasut tenis sendiri.. Hekeleh~~


Agak best jugaklaa main tenis ni sampai aku tak heran bunyi sayup2 cerita Jangan Lupa Lirik kat TV berdekatan! 




"oi..oi.. dah arr wei, kasik lak aku main! Dari tadi asek ko je men PSP tu!" kata adik ku



ps: Kalau orang exam unit bace ni, mintak2 laa die kesian kat aku! Sengal tahap cicak kubing da ni!

Nak ngamok pun tak leh. Sape suruh sendiri tak ingat email n password tuk student portal! Tak pat check result! Dem!


Wednesday, July 8, 2009

we female, consider it as an adventurous, breath taking activity!

sikalang saya tahu sudah, apa pasai perempuan suka shopping time sale!

we female, consider it as an adventurous, breath taking activity!

ketika inilah kami buleh melatih otak kami berfikir dan membuat keputusan pantas! *nak beli yang ini? atau yg itu? hmm.. lenkali laa.. mak..mak, tadi kan.. =p 

selain itu,
kami juga melatih melawan godaan dalam diri.. * aku nak tanggal spek, xnak tgk barang da! haha

di samping itu,
kami juga membakar lemak badan! *apa? hujung sana diskaun 99% ? SERBU!!!!

dan juga,
kami melatih otak buat soklan kira2! *dalam wallet aku ade rm100. kalu baju harga RM39, tapi dapat diskaun 20%, berapa lai baju aku leh beli? bak sini kalkulator!

manyak syiok woo~


contoh je! aku? aku memang rela hati wat aktiviti tu! 

oi..oi.. aku waras lagi..hee.. 
kalau aku fikir aku mahu beli, aku akan beli.. tapi tanya saja kawan aku berapa juta kali aku fikir nak beli, tp akhirnya tak beli.. i sayang my money ok~ muah..muah..



ini adalah kerana hari ni ngan esok ialah Jaya Jusco Membership Card Day!

silalah shopping! murah~~ diskaun 70 pesen!

yong...serbu yong!



aku da beli 2 lai baju rege rm10 tadi..yg ni mmg tak pikir manyak kali!


ps: saya nak keje sbb wang asik mengalir keluar! haish~



Tuesday, July 7, 2009

Aku rindu zaman praktikal dulu!

Aku rindu zaman praktikal dulu. cewah! Walau macam mana aku benci berada di situ, aku telah berjaya mengumpul koleksi kawan2 yg otai. cewah lagi! 

Seorang lelaki CINA, seorang lelaki INDIA, seorang perempuan MELAYU *ini aku

x paham? ok2

satu Ah Pek, satu Thambi, satu Siti (bajet Siti Nurhalijawa)

nak lebey penerangan?

MCA ada, MIC ada, UMNO pun ada.. Ooops~ apa politik2 ni..dowh!

Mengapa kaum2 ini tidak boleh bersatu? Memajukan Malaysia, hidup aman makmur. Sentiasa bersangka baik, sentiasa tolong-menolong tanpa mengira bangsa. *Ayat berapi-api..fuhh~

Kami satu gang. Pergi ke mana2 tentu bertiga! Aktiviti kami? Betul ni nak tau? Jangan terkejut ehh kalu bagitahu. Ehh, tak jadi laah bagitau! Rahsia~ sshh..

ok2, satu je aku bagitau! Kitorang pernah fly hari jumaat gi tgk movie RAMBO! hoh~ the biggest secret is finally revealed! 

Dan kami ni memang popular kat situ. cewah kali ketiga! Sebab selalunya kalau kat cafe tu, cina duduk dengan cina, melayu dengan melayu, indon dengan indon.. Dan jadinya, kami yg ganjil ini duduklah bertiga. Jadinya, ramai lah yg memandang2, tak kurang juga yg menjeling2.. hekeleh, jeling2 lak..nampak garpu ni? haa! *dalam hati je

kerja nanti sure x sama. Mereka pun dah tak ada. Abes tu, apsal aku mintak situ balik?

Aaaaaaaaaa~



Aku benci kau Afgan..Aku benci kau Afgan..Aku benci kau Afgan! *kena cakap banyak kali supaya dia suka aku! 



lol lagi~

;p



Friday, July 3, 2009

jangan harap aku nak mintak kerja kat situ!

tadi petang aku pergi hantar resume kat tempat intern dulu. Ye..ye.. Tempat intern yg aku pernah cakap "jangan harap aku nak mintak kerja kat situ!" lol~ 

Macam mana mahu cakap ye, anggap sahaja aku perlukan kerja yang dekat dengan rumah. Bukan sebab aku mahu duduk di bawah ketiak mak, *memang tak dapat pun sebab aku lebih tinggi. ;) Tapi aku punye reason sendiri untuk itu. 

Alkisahnya, aku dengan Mar (memang nama sebenar! hehe) pergi sendiri ke company itu menghantar resume. Dan bagaimana mahu cakap ye, aku pergi memang dengan niat nak hantar resume pastu blah! Macam mana mahu cakap ye, aku nak lepak2 kat rumah lama sikit lagi la.. Masak2 tak khatam lagi ni.. *alasan baek punya~

Nak dijadikan cerita, akak HR tu berjaya buat aku poloh2 *ejaan kiut tuk peluh2..cett! "dik, leh interview sekarang tak? akak dah panggil manager, japgi die turun" 

Reaksi aku?

Tengok baju - baju convofair treasure hunt
Tengok seluar - seluar jeans
Tengok kasut - sandal lusuh!

Agak2 da cukup cun tak tuk pergi interview? 

Opkos tak maa! Giler ke?

 Tapi bukan pakaian yang aku risau, cuma aku tak practice lagi cara2 menjawab soalan interview. At least kena tengok balik la kan, apa yang aku dah buat masa intern dulu. Aiyak!

Oleh sebab akak tu cakap begini " kami perlukan 6 orang tuk freshgrad, sekarang dah ade 3 orang, tinggal lagi 3 orang nak pilih, manager lak lain hari tak free.. kebetulan petang ni dia free"

halamak! terpaksa gak laa interview sekarang ni? haiyoh!


Keputusan interview?

hmm.. next week start.. arghhh!!! *pelik kan aku ni?


jadi benarlah bagai dikata, 

JANGAN dikau membenci sesuatu/ seseorang,  itulah yg akan kamu DAPAT 


well, kalau begitu leh tak aku nak kata:





aku BENCI kau, Afgan dan bmw hitam!



agak2, Afgan suka aku x?

lol~