Monday, June 28, 2010

bola dan facebook

Eh, saya bencilah bila saya jadi stalker pesbuk orang ni.

-Inilah akibatnya bila TV asek tayang bula, jadi saya tak tahu nak watpe bila balik rumah, last2 asyik surf internet aka stalk fesbuk org hari2!

Ex-rumet saya nak bertunang! wah, tiba2 hari ini asek terkenang zaman jadi rumet dulu. zaman borak2 sehari suntuk, zaman masing2 kumpul baju bawa balik rumah dan zaman masing2 bawak makanan dr rumah.

Eh.eh, jangan salah faham. Bukan romet cik mok tu. *walaupun ak tau ko mmg nk kawen cepat, rom*hehe

Rumet waktu matrik saya. Wah, mmg ramai sungguh yg mahu kahwin dis year kan?


Saturday, June 26, 2010

aktiviti pada hr sabtu & ahad!

Banyak sbnrnya sy mahu story, tapi sebab hari ni and esok saya OT, jadi malas plak nk update blog (macam lah ada kena mengena.haha)

Boss sy kata orang Amerika berjaya ke bulan sebab mempraktikkan FMEA (stands for Failure Mode Effect Analysis). Maka kami juga kena mempraktikkan dalam process kami.

"Shikin, FMEA. I know u can do it! I trust you!" begitulah kata2 manis seorang boss bila mahu anak buah buat kerja.

Jadi di office lah tempat saya sepanjang hari sabtu dan ahad ini.

Bak kata seorang kakak di offce saya "Marilah datang OT, dapat juga duit. kang nanti nak raya byk nak pakai duit"

Akhir kata, bila agaknya sy dapat jadi boss? heheh

Friday, June 11, 2010

hari ini memang teruk

Saya tertanya2 apakah perasaan lelaki menghadapi kerenah perempuan yang tak menentu terutamaya dalam beberapa hari setiap bulan itu.

Im like, shit I wanna get rid of this sudden emotional breakdown!

Oleh sebab saya cuti semalam, pagi ini sahaja buka email ada 100+ emails yang mana untuk membacanya sahaja mengambil masa lebih setengah jam.

Priority email bermula dengan membaca email dari boss besar, boss kecil, customer dan masalah2 dari production.

Mata pulak memang terus menangkap email dari HR:

........


Hi,

We on hold your payment OT on Apr17 (saturday) due to no evidence of your attendence.

(Itu pun setelah saya berulangkali bertanya kerani kenapa OT saya tak dapat lagi? Selama saya balik lambat kadang2 sampai pukul 10 mlm, saya tak pernah pulak nak claim OT. Cuma kalau Sabtu sahaja saya mahu claim OT sebab hari itu cuti saya. emo pula)

.......

Cepat2 pula saya membalas email itu.

Hi,

I did wrote my attendence on guard house. However, if Im not mistaken I lost my badge during that week but had replaced it the following. (shit, memang saya hilang badge waktu itu) Pls refer to my communication email with production on that particular day.

......

Hi,

Pls photostat ur attendence at guard house and submit to HR.

....

(Saya benci kerenah birokrasi HR!)

Hi kak...(our department clark)

Kindly help to photostat my attendence & submit to HR. Thanks

.......

Pls get it by yourself

Regards,
(our department clerk)


.......


Sejak bila pulak kak kerani ni tak puas hati dengan sya? It is rude, dont u think so? Nak naik angin, kakak ni sebaya mak saya. Mak saya kerani juga tapi masyaAllah, tak tahulah nak cakap macam mana.

(tiba2 sahaja air mata dah bergenang..ciss!) Tiba2 sahaja terlalu terasa. Boss saya semua cina, tapi tak pernah pulak nampak mereka layan anak buah dengan buruk.

.......

Boss,

Pls take note that I will not do any OT in the future.

(yg ni x jadi send kat boss sbb tiba2 mula menghitung hari adakah telah tiba musim2 beremosi saya pada bulan ini)

.........

Tuesday, June 1, 2010

Result-fail

Amaran: entri ini bukan berniat untuk menempelak sesiapa yang berkenaan secara tidak langsung

Saya

Tak faham sungguh dengan orang yang suka membanding-bandingkan pekerjaan, taraf sosial dan sebagainya.

Apakah maksud kenyataan ini?

"tu aku kurang pasti
tapi aku tanyer budak2 ptd ni
mmg tak nak masuk la eng
sbb ptd ni somebody
eng ni biasa2 je walaupon lebih masyuk
itupon klu dapat company besar
klu company biasa2
x la masyuk sangat kan"

silap besar la orang yg chatting dengan saya ni, sbb saya kopi pes cakap anda di blog saya.

but no offense. I have no hard feelings towards you. Im just wondering.hmm

But you know something, outside factory im working has the best stall selling cekodok.

And I am happy enough to eat cekodok on my way home from work & forget every stress that matters. ;D